senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

5 Tabiat Punca Anda Semakin Gemuk

Yuyue by Yuyue
May 4, 2017
in Kesihatan
4.8k
SHARES
144
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Wanita obses untuk kurus, sudah melakukan banyak perkara tetapi masih juga berat badan tidak turun malah semakin bertambah berat badan. Apa punca sebenarnya dan mengapa ianya berlaku?

Tidur Terlalu Banyak

Foto ilustrasi

Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari.

Sering Bersiap Dalam Gelap

Menurut kajian dari jurnal PLoS One,  gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi jika mahukan badan yang sihat, bangun saja terus bukan tingkap dan keluar menghirup udara segar.

Tidak Mengemas Katil

Foto ilustrasi

Mungkin kedengaran sedikit lucu, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik berbanding orang yang tidak suka mengemas katil. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.

Tidak Menimbang Berat Badan

Foto: GSM Arena

Perkara ini sering diabaikan oleh sesetengah orang yang tidak mementingkan berat badan. Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badan setiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Cuba ya!!

Makan Sarapan Terlalu Sikit

Foto ilustrasi

Kebanyakkan orang takut untuk mengambil lebih kuantiti sarapan awal pagi, tetapi penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.

Pastikan diet anda adalah diet yang sihat, jangan lupa bersenam untuk mengeluarkan peluh. Tubuh yang sihat menjadikan otak cergas.

Sumber : sinar.fm

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: gemuk

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    433 shares
    Share 173 Tweet 108
  • 20 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

    287 shares
    Share 115 Tweet 72
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    262 shares
    Share 105 Tweet 66
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    235 shares
    Share 94 Tweet 59
  • 13 Tempat Menarik Di Senai Untuk Dikunjungi

    83 shares
    Share 33 Tweet 21

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved