senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Inilah Fungsi Punat Shift Lock Pada Kereta

Yuyue by Yuyue
May 11, 2017
in Tips

Foto ilustrasi

126
SHARES
11
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ramai yang tahu memandu, tetapi bukan semua tahu apa fungsi butang shift lock yang ada pada kereta mereka. Bagi mereka yang memandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan di sebelah tombol gear akan ada punat kunci anjakan atau shift lock.

Walaupun sudah memandu bertahun-tahun, jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut. Sebenarnya apakah fungsi dan kegunaannya dan bilakah shift lock ini perlu menggunakannya?

Sebelum itu perkara yang perlu kita tahu ialah…

APAKAH ITU SHIFT LOCK?

Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ianya dicipta kerana kereta automatik yang tidak mempunyai fungsi shift lock kerap kali terlibat dengan dua insiden ini:

Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.

Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur, tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.

ADVERTISEMENT

Jadi bagi kereta moden hari ini, anda tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

PUNAT SHIFT LOCK?

Punat shift lock atau ada juga ditulis shift lock release berfungsi membebaskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

BACA JUGA  Inilah Sebab Mengapa Kita Perlu Mencuci Kereta Selepas Terkena Hujan

Enjin dimatikan dalam P.

ADVERTISEMENT

Cabut kunci kereta.

Tekan punat shift lock tanpa melepaskannya dan pada masa sama tarik tombol gear.

Letakkan pada posisi N. Lepaskan punat.

Jangan lupa free-kan brek tangan

Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N/neutral.

Ambil tahu tentang kenderaan yang anda bawa, ianya penting untuk anda mengendalikan kereta anda seandainya berada didalam kesulitan.

INFO EKSTRA

Bagi sesetengah kereta punat shift locknya memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk meriliskannya. Jangan lupa balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.

Sumber : pandulaju.com

Tags: Kereta

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved