senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Jurujual Lelaki Berpakaian Wanita Di Jalan Tar Curi Tumpuan

leav by leav
June 21, 2017
in Netizen
0
SHARES
37
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

“Habis barang kita pulang, sampai rumah kita goyang,” itu antara jeritan seorang jurujual lelaki memecah suasana hiruk-pikuk di lokasi ikonik Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Uniknya, jurujual itu ‘lelaki’ pada suara, ‘wanita’ pada luaran!

Ya, perang jual beli di Jalan TAR sudah menjadi tradisi saban tahun setiap kali tiba musim perayaan. Cuma gelagat jurujual lelaki berpakaian wanita lengkap bertudung itu antara paling mencuri tumpuan tahun ini.

Menerusi perkongsian rakaman video di laman sosial Facebook milik Ely Zanei, netizen rata-ratanya terhibur dengan stategi pemasaran lelaki itu untuk menarik pembeli singgah di gerainya.

“Ini abang yang glamor jual tudung kan? Dahulu pakai tudung sahaja, sekarang siap baju kurung pula,” tulis Wann Mazlin Mohammad.

“Lawaklah macam-macam peniaga sekarang punya idea nak lakukan jualan,” kata Zue Yanna.

ADVERTISEMENT

Baru dua hari dimuat naik, video itu sudah dikongsi lebih 23,000 pengguna Facebook dan video itu telah ditonton lebih 3 juta kali.

Namun, masih ada segelintir netizen yang kurang gemar dengan taktik pemasaran ‘terdesak’ hingga sanggup melanggar hukum agama.

“Ini sangat menjelikkan!” tulis Hamdy Behiry.

“Semua suka, pelik juga… Haram lelaki berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki kan,” tegur Ahmad Mubarak.

ADVERTISEMENT

Hujah itu disokong oleh Baqiyatus Solihat. Katanya; “Allah melaknat lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki. Rosak ibadah Ramadan apabila dicampur maksiat.”

Bagaimanapun, langkah pemasaran jurujual lelaki ini berjaya menggamit pembeli untuk singgah ke gerai jualan pakaiannya.

Jalan TAR merupakan lokasi wajib kunjung setiap kali tibanya musim perayaan seperti Aidilfitri.

Pelbagai barangan kelengkapan raya dijual dengan harga murah termasuk pakaian, biskut raya dan barangan kelengkapan rumah.

BACA JUGA  "Sofia merajuklah"- Gelagat Budak Kecil Ini Membuatkan Ramai Terhibur

Rugi sekiranya anda tidak merasai sendiri kemeriahan bazar Syawal Jalan TAR terutama malam raya, memandangkan barangan jualan akan dilelong dengan harga tidak masuk akal!

Sumber: Astro Gempak

Tags: jalan tar

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved