senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Malaysia Antara Negara Paling Malas Berjalan

Yuyue by Yuyue
August 4, 2017
in Tips
57
SHARES
2
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Semakin hari semakin moden, dan manusia pula makin menjadi malas. Lihat saja jika dahulunya pergi kemana-mana mereka menaiki basikal ataupun berjalan kaki. Bukan sahaja mengeluarkan peluh, sekaligus boleh menyihatkan badan.

Tahukah anda Malaysia adalah antara negara yang tersenarai sebagai paling banyak orang yang mengalami obesiti? Sikap malas bukan sahaja menyebabkan badan anda lesu dan tidak bertenaga, malah akan membuatkan lemak dalam badan anda akan bertambah dan menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit.

Sikap terlalu manja rakyat Malaysia merupakan antara faktor utama negara ini tersenarai dalam kedudukan ke-44 daripada 46 buah negara yang mempunyai penduduk paling malas berjalan di dunia.

Tahukah anda, hasil kajian penyelidik dari Universiti Stanford, California mendedahkan, rakyat Malaysia hanya berjalan sebanyak 3,963 langkah setiap hari.

Manakala Arab Saudi berada di kedudukan ke-45 dengan rakyatnya secara purata berjalan sebanyak 3,807 langkah sehari manakala penduduk yang paling malas berjalan ialah Indonesia dengan 3,513 langkah sehari.

Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, rata-rata rakyat di negara ini kurang kesedaran akan pentingnya berjalan dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan mereka.

“Kebanyakan rakyat Malaysia rasa selesa dengan kehidupan sekarang sehingga menjadi malas untuk berjalan. Mereka sudah biasa menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu lagi berjalan.

ADVERTISEMENT

“Sikap terlalu manja ini sebenarnya sudah menjadi tabiat rakyat di negara ini sehingga ia menjadi suatu kebiasaan,” katanya seperti dipetik daripada Kosmo.

Jalani kehidupan yang sihat dengan bersenam. Rakyat malaysia mudah memberi alasan sibuk bekerja dan tiada masa untuk melakukan senaman, dan itu adalah alasan biasa. Tiada alasan untuk terus hidup dengan sihat. Sayangi diri anda dan keluarga.

BACA JUGA  Amalan Tarik Rezeki Dan Tak Sempit Hidup

Sumber: Kosmo.com.my

ADVERTISEMENT
Tags: jalan kakiSenaman

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved