senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Minum 3 Cawan Kopi Sehari Panjang Umur – Kajian

Yuyue by Yuyue
December 3, 2017
in Tips
188
SHARES
9
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Jika ada yang berpendapat bahawa minum kopi dengan terlalu kerap boleh memudaratkan kesihatan, sebenarnya kopi ini mempunyai kelebihannya tersendiri.

Kopi adalah minuman rutin bagi penduduk Malaysia, rata-rata dari mereka sangat menyukai kopi, kerana kopi dikatakan mampu memberi tenaga kepada peminumnya.

Buat penggemar kopi, ini berita baik untuk anda. Kajian menunjukkan orang yang minum tiga cawan kopi setiap hari boleh hidup lebih lama. Betul ke?

Kira-kira 20 kajian membuktikan bahawa mereka yang kerap minum kopi hidup lebih lama dan panjang umur berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Hidup lebih lama

Kajian pertama, yang diterajui Agensi Antarabangsa Bagi Kajian Terhadap Barah (IARC) dan Kolej Imperial London, menyelidik lebih 500,000 penduduk di 10 negara Eropah.

Mereka yang meminum kopi sekitar tiga cawan sehari hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung. Ini disifatkan para pengkaji sebagai analisis terbesar kesan meminum kopi dalam penduduk Eropah.

ADVERTISEMENT

Kurang berisiko mengalami sakit barah, kencing manis

Kajian kedua pula termasuk lebih 180,000 peserta pelbagai latar belakang di Amerika Syarikat. Ia mendapati kopi boleh menghindarkan manusia mengalami penyakit jantung, barah, angin ahmar, kencing manis dan penyakit pernafasan dan ginjal.

Mereka yang meminum secawan kopi setiap hari 12 peratus hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung. Mereka yang meminum dua atau tiga cawan pula 18 peratus hidup lebih lama.

ADVERTISEMENT

Mencegah strock dan penyakit saraf

Kajian yang diterbitkan oleh American Heart Association (Persatuan Jantung Amerika) mendapati, minum satu cawan kopi sehari mengurangkan risiko serangan strok.

Minum kopi membantu mencegah penyakit-penyakit saraf. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum kopi mempunyai risiko sebanyak 65 peratus lebih rendah terkena demensia, Alzheimer dan Parkinson.

BACA JUGA  Senarai Makanan Yang Paling Mahal Di Dunia

Selain itu, kafein dalam kopi boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 3-11%. Ia mampu membantu anda membakar lemak degil. Sangat sesuai untuk anda yang ingin kurus.

Setiap satu kejadian, sudah pasti ada baik dan buruknya.

Sumber: Hanasuva.com

Tags: Kopi

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved