senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

8 Jenis Pokok Ini Mampu Menghalau Nyamuk Aedes

Adenan by Adenan
December 21, 2017
in Kesihatan
269
SHARES
88
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aēdēs, yang bererti “tidak menyenangkan”, kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.

Penyakit Aedes sememangnya penyakit yang sangat merbahaya dan mampu meragut nyawa sesiapa sahaja yang mengidapnya. Namun ada beberapa cara untuk mencegah diri dari terkena jangkitan demam denggi ini.

Di negara kita, terdapat beberapa tumbuhan yang mampu menghalau nyamuk aedes, sememagnya setiap ciptaan Allah S.W.T itu ada kelebihannya masing-masing.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dalam akhbar Harian Metro 14 oktober 2016, mereka menyarankan 8 jenis pokok ditanam bagi membantu menghalau nyamuk di rumah. Ianya boleh dijadikan tanaman hiasan dan ada diantaranya boleh dimakan!

Bunga Tahi Ayam

Terdapat pelbagai jenis bunga tahi ayam. Nama saintifiknya ialah Lantana Camara. Namun ramai orang keliru dengan bunga Marigold yang dikatakan sebagai bunga tahi ayam. Kedua dua pokok marigold dan bunga tahi ayam boleh digunakan untuk menghalau nyamuk.

Pokok ini berbau busuk sehinggakan tiada perosak yang berminat dengannya. Namun, serangga seperti kelulut mengemari bunga pokok ini kerana mempunyai nektar. Bagi nyamuk, ia satu pokok yang di bencinya.halau nyamuk aedes, bahaya nyamuk aedes, nyamuk denggi, halau nyamuk, pokok halau nyamuk,tanaman halau nyamuk

ADVERTISEMENT

Namun, ia sebenarnya beracun JIKA dimakan. Jadi jangan makan pula ya. Ia akan menyebabkan ganguan pernafasan, muntah dan anak mata mengembang.

Sebab itu kambing tidak pernah makan pokok ini dan boleh menyebabkan kematian kepada kambing. Ia dijadikan tanaman pagar kerana baunya yang busuk untuk menghalau serangga seperti nyamuk, bunga juga cantik untuk hiasan rumah.

Marigold

ADVERTISEMENT

Orang seringkali keliru pokok marigold dengan bunga tahi ayam. Marigold bunganya seakan akan bunga matahari sikit. Ada pelbagai warna seperti kuning, merah, pink dan beberapa varieti lagi. Baunya busuk sesperti bunga tahi ayam. Sebab itulah ramai yang terkeliru. Gambar seperti dibawah.

BACA JUGA  9 Tumbuh-Tumbuhan Paling Bahaya Di Dunia

Serai Wangi

Rasanya serai wangi cukup dikenali pada kita hari ini kerana terdapat banyak produk repellent serangga dihasilkan daripada pokok ini. Serai wangi tidak dimakan sebaliknya digunakan sebagai penghalau nyamuk disekitar rumah. Ia telah digunakan secara meluas sebagai penghalau seranga secara organik.

Baunya menyebabkan serangga seperti nyamuk, semut dan lipas menjauhi kawasan yang mempunyai bauan ini. Ia juga digunakan dalam aromaterapi.

Aloevera/ Lidah Buaya

Pokok lidah buaya mempunyai nilai perubatan yang cukup tinggi. Ia digunakan dalam perubatan dan juga kosmetik sebagai agen menghilangkan parut dan menyejukkan badan.

Jika mempunyai luka akibat melecur, aloevera adalah antara pokok yang digunakan untuk menyejukkan kesan luka dan menghilangkan parut.

Akar Wangi

Pokok ini agak asing di Malaysia. Rupa pokok ini seakan akan pokok serai. Ia digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan dalam membuat minyak wangi. Baunya tidak disukai oleh nyamuk.

Jeremin / Citrosa Mosquito

Bagi mereka yang ke Cameron Highland, pokok ini dijual di kebanyakan nursery di tempat peranginan ini. Baunya seakan lemon yang kuat boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dari rumah anda. Nama lainnya Citrosa of Lady Diana di Indonesia.

Tak pasti kenapa dapat nama LADY D tu. Boleh letak dalam rumah. Nyamuk memang tak pergi kat kawasan pokok ni.

Bunga Selasih

Sweet Basil atau selasih merupakan antara herba yang digunakan dalam masakan samada di negara kita mahupun di negara barat. Malah yang tak tahu basil itu dipanggil selasih di negara kita dan rumpun melayu. Kemanggi juga adalah satu pokok adik beradik dengan selasih.

Baunya hampir sama cuma daun kemanggi lebih besar. Saya tanam di dalam pasu di tepi rumah saya. Bunganya disukai oleh lebah madu dan lebah kelulut. Ini boleh makan untuk jadikan ulam dan rempah dalam masakan.

BACA JUGA  Wanita Kena Keluar 2 Minggu Sekali Agar Mental Kekal Sihat

Pokok Mambu/Semambu

Pokok semambu atau neem tree merupakan spesis pokok mahogani. Jadi adik beradik dengan pokok tunjuk langit. Dikebanyakan negara ia digunakan sebagai racun serangga dan herba untuk perubatan. Minyak daripada pokok semambu ni juga digunakan sebagai racun serangga organik.

Ia tidak membunuh serangga secara terus sebaliknya membunuh kepompong. Dari segi bidang kosmetik, neem oil digunakan dalam perubatan ayuverdic india untuk merawat penyakit kulit dan digunakan ubat untuk jerawat. Terlalu banyak nilai perubatan daripada pokok ini.

Sumber: Islamik.info

Tags: Nyamuk AedesTumbuhan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved