senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Tidak Perlu Ambil Makanan Tambahan Jika Anda Sudah Sihat

Yuyue by Yuyue
December 29, 2017
in Kesihatan
45
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kita sering disarankan supaya mengambil makanan tambahan bagi menguatkan lagi antibodi badan kita. Malah ada segelintir yang baru sahaja meningkat dewasa sudah mula mengambil makanan tambahan.

Persoalannya, mengapa terlalu awal mengambil makanan tambahan sedangkan mereka masih terlalu muda. Apakah kesannya terhadap tubuh badan mereka?

Pensyarah Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed menegaskan bahawa pengambilan makanan tambahan hanya perlu untuk golongan ibu hamil, ibu menyusukan bayi, individu berdiet (kerana makan terlalu sedikit dan perlukan lebih tenaga) serta warga tua yang uzur.

Selain itu, Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berkata, Individu yang sihat tubuh badan dan tiada sebarang masalah kesihatan tidak perlu mengambil makanan tambahan kesihatan (suplemen).

Khairul Nizam Mat Nayan berkata individu yang sihat jangan sesekali mengambil makanan tambahan itu untuk penjagaan kesihatan berdasarkan diagnosis sendiri semata-mata tanpa mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

Beliau menarik perhatian bahawa pengambilan makanan tambahan itu yang berlebihan sememangnya tidak memudaratkan kesihatan dalam tempoh jangka pendek, namun dikhuatiri boleh merosakkan organ dalaman bagi jangka panjang.

“Contohnya pengambilan vitamin larut lemak seperti A, D, E, K yang berlebihan akan memberikan kesan kepada hati. Sungguh pun vitamin-vitamin ini diperlukan oleh tubuh badan, tetapi ia sebenarnya boleh didapati dengan mudah dan mencukupi daripada makanan semula jadi yang dimakan.

ADVERTISEMENT

“Sekiranya kita terlalu berlebihan mengambil vitamin tambahan ini, ia akan terkumpul di hati yang lama-kelamaan akan menjadi toksin sehingga menjejaskan fungsi hati,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di HSB baru-baru ini.

BACA JUGA  Punca Ketiak Berbau Walaupun Selepas Mandi dan Bersih

Khairul Nizam berkata demikian bagi mengulas kesan lambakan produk makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan yang dijual secara dalam talian dengan keberkesanan produk itu kebanyakannya hanya berdasarkan testimoni pembeli semata-mata yang mengatakan produk tersebut bagus tanpa bukti saintifik kukuh.

Bernama memetik status dalam Facebook milik Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Dr Rafidah Abdullah berkata:

ADVERTISEMENT

“Berlambak di wad yang buah pinggangnya lagi cepat rosak sebab produk macam-macam. Pesakit kronik mohon JANGAN SENTUH produk apa pun!”.

Berkongsi pendapat sama, Khairul Nizam berkata pengambilan makanan tambahan itu secara berlebihan juga boleh membebankan fungsi buah pinggang sekali gus boleh menyebabkan kerosakan organ berkenaan.

“Kebiasaannya suplemen larut air seperti vitamin C dan B yang berlebihan tidak memberikan kesan kerana ia akan dibuang melalui air kencing, tetapi dalam jangka panjang tetap akan terdapat kesan sampingan kerana membebankan buah pinggang dalam memproses vitamin ini untuk dibuang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pesakit buah pinggang tidak boleh sama sekali mengambil sebarang makanan tambahan yang dijual di pasaran sesuka hati selepas terpengaruh dengan testimoni orang lain melainkan hanya memakan ubat daripada hospital yang dipantau pakar perubatan.

“Jangan mudah percaya dengan testimoni orang lain terhadap keberkesanan sesuatu produk. Bagi pesakit buah pinggang lagilah kena titikberatkan tentang kesan buruk mengamalkan suplemen kerana untuk mengelak daripada keadaan mereka bertambah teruk. Buah pinggang telah pun rosak, jangan bebankan lagi buah pinggang kita dengan bahan luar yang bukan-bukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Pegawai Dietetik itu berkata Kementerian Kesihatan menyarankan pengambilan makanan sihat menerusi ‘Malaysian Dietary Guidelines 2010’ yang menggariskan 14 mesej penting dengan salah satu mesej ditekankan adalah mengambil pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan.

BACA JUGA  Sebab Kenapa Di Tengah Donat Ada Lubang

Khairul Nizam berkata individu yang sihat tubuh badan sudah memadai mengamalkan pemakanan seimbang daripada makanan semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta ikan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Beliau berkata makanan tambahan kesihatan tidak boleh mengambil alih peranan dan fungsi kepelbagaian makanan yang penting bagi tubuh badan manusia kerana ia tidak membekalkan zat dan komponen penting yang lengkap seperti yang terdapat dalam makanan semula jadi.

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa golongan tertentu sahaja yang memerlukan makanan tambahan itu dengan pemantauan daripada pakar perubatan seperti ibu mengandung, warga emas, kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran dan pesakit terlantar dalam jangka masa lama.

“Jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan, lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal.

“Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah. Sebaliknya jika diambil melebihi dos ditetapkan, kemungkinan ia menyebabkan keracunan pada tubuh.

“Jadi, pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan, dan paling penting pastikan suplemen tersebut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk itu,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Mynewshub.cc

Tags: makanan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved