senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

4 Cara Menyembuhkan Sakit Perut Dengan Pantas Dan Mudah

Adenan by Adenan
December 28, 2017
in Kesihatan

Foto ilustrasi

226
SHARES
2
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sakit perut selalunya merupakan gejala yang bersifat sementara dan kebanyakan bukanlah keadaan yang berbahaya seperti kejang, gangguan pencernaan, atau mabuk perjalanan (motion sickness). Walaupun tidak bahaya, sakit perut adalah hal yang sangat mengganggu kerana menimbulkan rasa tidak selesa yang mampu menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang anda sukai.

Disini terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi sakit perut, misalnya dengan berlari setempat, minum minuman tonik buatan sendiri, dan mengubah pola makan.

Jika tidak ada satu pun yang berhasil, ada berkemungkinan mempunyai tahap sakit perut yang agak serius, misalnya radang usus buntu (appendicitis). Segera hubungi doktor pakar apabila anda mengalami kesakitan yang berpanjangan. Mari kita lihat beberapa cara yang mudah untuk rawatan segera sakit perut:

Letakkan beg air hangat pada perut

Memberikan kepanasan pada kawasan perut boleh membantu mengendurkan otot dan mengurangkan pengerasan otot atau kekejangan. Boleh juga gunakan botol yang diisi air panas, beg air hangat yang dipanaskan di dalam microwave, atau bantalan pemanas listrik dan letakkan pada perut selama beberapa minit.

Apabila anda tidak mempunyai peralatan yang disebutkan di atas, masukkan beras ke dalam sarung bantal atau stoking yang bersih dan panaskan dalam microwave selama beberapa minit sehingga berasa lega.

Mandi air panas

Mandikan tubuh anda di dalam air yang hangat untuk meningkatkan sirkulasi dan mengendurkan otot. Tindakan ini mampu melegakan sakit perut dan membantu meringankan stress anda. Ataupun, berendam di dalam tub mandi dengan air panas sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit seterusnya tambahkan satu atau dua gelas garam epsom untuk membantu meringankan radang.

ADVERTISEMENT

Urutan lembut pada perut

Kekejangan perut selalunya diakibatkan oleh penyempitan otot. Keadaan ini boleh dikurangkan dengan memberi urutan yang lembut. Berikan tekanan yang ringan pada beberapa kawasan di perut dan punggung anda. Fokus di bahagian yang terasa sangat sakit, tetapi jangan melakukannya secara berlebihan dan menekan atau menggosok terlalu keras.

BACA JUGA  8 Makanan Paling Berkesan Untuk Kempiskan Perut

Ketika mengurut, fokus dalam mengambil nafas melalui hidung dan mengeluarkan nafas melalui mulut. Pernafasan yang baik mampu membantu mengendurkan otot dan mengalihkan perhatian anda dari kesakitan.

Minum jus lidah buaya

ADVERTISEMENT

Jus lidah buaya terbukti berkesan dalam mengurangkan sakit perut. Jus ini juga dapat membantu mengatasi sembelit dan gangguan pencernaan. Amalan minum  jus lidah buaya boleh membantu masalah pencernaan dan pedih ulu hati. Lidah buaya juga dapat mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut.

Lidah buaya kaya dengan enzim, mineral dan vitamin yang membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Khasiat lidah buaya mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.
Sifat lidah buaya yang berair dikatakan mampu menyegarkan dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan. Lidah buaya bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

Sumber: Id.wikihow.com via Khasiataloevera.com

Tags: perut

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved