senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Kempiskan Perut Tanpa Perlu Bersenam

Maa by Maa
February 17, 2018
in Kesihatan
pinggang ramping

Ilustrasi

192
SHARES
2
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Setiap individu di dunia ini sudah pasti menginginkan tubuh badan yang ideal dan kelihatan langsing. Jika mempunyai tubuh badan yang cantik, sudah pasti memakai apa-apa jenis pakaian sudah tentu cantik dan sesuai tanpa perlu dirisaukan lagi. Memiliki perut yang kempis dan rata itu sudah pasti menjadi idaman setiap individu tidak kira lelaki ataupun wanita.

Memiliki perut yang langsing tidak semudah yang kita sangkakan. Tidak hairanlah jika ada individu yang memiliki tubuh badan yang langsing tetapi bahagian perut pula mempunyai banyak lemak-lemak yang tersembunyi.

Kewujudan lemak di bahagian perut adalah berpunca daripada tahap hormon estrogen yang berkurangan dengan faktor usia dan lemak-lemak degil akan terus berkumpul di dalam perut. Banyak cara yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan berat badan. Cara diet dan juga melakukan senaman adalah cara yang sesuai untuk mendapatkan perut yang langsing. Lihat berikut ini cara kempiskan perut yang boleh anda praktikan.

Kurangkan kadar garam dalam setiap makanan

Ilustrasi

Setiap makanan yang anda makan sudah pasti mengandungi kadar garam yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi dalam pengambilan makanan ringan. Garam juga adalah penyebab utama perut menjadi buncit. Jika anda menginginkan perut langsing dengan cara yang cepat, anda juga boleh kurangkan kadar garam sebanyak 6 gram setiap hari.

Gantikan makanan ringan dengan nanas

Ilustrasi

Menurut kajian American Cancer Society menyatakan pengambilan buah nanas juga memiliki enzim bromelain yang boleh membantu proses pencernaan dan menghancurkan kandungan protein di dalam perut. Kandungan enzim ini juga boleh membantu mengurangkan sakit kembung perut. Di samping itu, buah nanas ini juga boleh kurangkan perut kembung. Sebaiknya anda gantikan makanan ringan dengan makan buah nanas.

BACA JUGA  8 Makanan Paling Berkesan Untuk Kempiskan Perut

Makan dan kunyah makanan dengan perlahan

Salah satu cara yang sangat mudah untuk mendapatkan perut langsing dan cara ini juga sangat terkenal untuk membuat usus kita mencerna makanan dengan lebih mudah. Dengan mengamalkan cara ini juga tidak akan membuat perut anda cepat membuncit. Jika anda makan dan menguyah dengan cepat, udara yang terkandung di dalam sistem pencernaan makanan boleh menjadi kembung dan cepat membesar. Anda haruslah makan dengan cara yang perlahan dan tidak makan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Tambah aktiviti fizikal

Ilustrasi

Menurut Department Of Health and Human Services di Amerika Syarikat, aktiviti berjalan selama 150 minit seminggu dan melakukan aktiviti senaman serta berjogging juga boleh mengurangkan lemak pada bahagian perut anda. Anda juga boleh mengunakan kaedah (Step Counter). Sekurang-kurangnya anda boleh berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk menghalang berat badan naik dengan cepat.

ADVERTISEMENT

Amalkan diet yang sihat

Ilustrasi

Mengehadkan kadar pengunaan gula dan lemak tepu yang sering kali dijumpai di dalam makanan dalam daging dan juga produk lelemak seperti mentega dan juga keju. Anda seharusnya bijak memilih makanan yang tidak mempunyai banyak lemak seperti kacang, ikan dan minyak sayur-sayuran.

Ilustrasi

Semoga apa yang telah dikongsikan di atas ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk individu-individu yang tiada masa untuk bersenam.  Mulakanlah cara hidup sihat anda mulai dari hari ini supaya mendapat perut yang langsing dengan mudah.

Selamat mencuba!

ADVERTISEMENT
Tags: perut

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved