senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Suami Dayus Jatuhkan Talak Talik Depan Doktor Ketika Isteri Bersalin

Yuyue by Yuyue
March 17, 2018
in Netizen
1.4k
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Soal penceraian ianya bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main, tidak boleh suka-suka melafaskan kata cerai walaupun tanpa niat.

Pernah dahulu seorang ustaz memberi pencerahan tentang talak, dimana jika seorang suami bergurau sekalipun dengan rakannya dengan mengatakan dirinya ‘bujang’, sesungguhnya talak sudah jatuh! Jadi jangan bermain dengan perkataan talak dan seharusnya anda sebagai seorang lelaki harus faham erti cerai atau talak ini.

Namun, ada sesetengah lelaki yang tidak sensitif dengan perkara ini, dan menganggap ianya salah satu hal ‘biasa’ dan bukan sesuatu yang serius!

Seperti apa yang diceritakan oleh seorang Pegawai Hospital, Ayie Mahadi dimana beliau berkongsi satu kejadian seorang isteri yang telah sampai masa untuk melahirkan anak. Namun, suaminya tidak semena-mena melafazkan cerai talik.

Menurut Ayie lagi, suaminya berkata jika ada kakitangan lelaki yang menguruskan proses kelahiran anaknya dan menyentuh isterinya maka dia akan menceraikan isterinya dengan talak satu.

Seluruh kakitangan yang berada disitu terkejut dengan kenyataan si suami yang boleh dikatakan tidak kena pada situasi dan keadaan.

Jom ikuti kejadian penuh si suami melafazkan cerai taklik kepada si siteri yang sedang menahan kesakitan untuk melahirkan anak.

ADVERTISEMENT

“Seorang isteri tengah sarat mengandung menahan kesakitan nak bersalin dibawa si suami ke hospital. Tibanya di PAC (patient assessment centre) terus si suami memberi amaran pada staf2 perubatan, ” Saya nak doktor perempuan sahaja ya sambut dan uruskan dia, if tak , jatuh talak satu saya pada dia ”

Terkejut kami mendengar apa yg suami tuh sebut. Abam perhati je dari atas bawah suami tuh, langsung takde perwatakan seorang ustaz yg mungkin boleh dikatakan sesetengahnya akan betul2 jumud dalam menjaga aurat para isteri.

BACA JUGA  Orang Halimunan Berjalan Di Sekitar Kawasan Rumah Pada Musim Salji

Ya memang mustahil sekali ! Sebab mana mungkin seorang ustaz yg berilmu sanggup melafazkan cerai taklik dihadapan isteri sendiri dan orang ramai. Lagi2 cerai taklik yg tak masuk akal.

Dalam hati abam , “lagi ramai suami camnih , lagi mudah keje abam” ..Makan gaji free je nanti.

ADVERTISEMENT

Disebabkan lafaz tersebut, kami staf KKM yg baik hati nih cuba sedaya upaya menyantuni apa yg dipinta. Akhirnya bayi pasangan tersebut berjaya disambut oleh HO (house officer) perempuan walaupun pada awalnya memang sukar bagi kami untuk ikut permintaan si suami tersebut. Itu pun rezeki mereka sbb waktu tuh mmg ada beberapa staf wanita yg bertugas.

Tapiiiiii…semasa pesakit di hantar ke wad, akan ada satu prosedur yg memerlukan MO (medical officer) buat pemeriksaan di bawah bagi memastikan tiada jahitan terbuka, bengkak, dan sebagainya. Nak jadikan cerita, tiada MO wanita bertugas dalam wad tuh semasa round pagi.

Zupppppp.. si isteri tuh lantas diperiksa oleh MO lelaki (non muslim) yang memang langsung tak tahu menahu isu taklik tersebut. Beliau hanya menjalankan tugas yg diamanahkan KKM sebagai seorang doktor MO.

Si isteri hanya berdiam diri sahaja walaupun mengerti apa yg sedang berlaku dan mengizinkan MO tersebut untuk melakukan pemeriksaan.

See?? Agak2 jatuh ke tidak TALAK si suami pada isteri tersebut?
Entahlahh abam pun tak pasti. Mungkin jatuh, mungkin tidak. Harap2 tak jatuh lah. Apa2 pun nasihat abam pada para suami di luar sana, beringatlah.. Sayang isteri sangat2 tak salah, nak menjaga maruah isteri sangat2 pun tak salah.

Tapi, biarlah bertempat! Sebagai pengajaran untuk kita semua ya. -”

Bagaimana seorang suami sanggup melafaskan kata-kata sedemikian dihadapan isteri dikhalayak ramai? Dimana rasa tanggungjawab dan rasa takut kepada lafas talak tersebut? Andai kata ketika itu hanya doktor lelaki sahaja yang mampu menyelamatkan nyawa isterinya, bagaimana? Berhati-hatilah ketika melafaskan kata talak wahai suami, jangan sampai menyesal dikemudian hari kerana ikut rasa hati.

BACA JUGA  Sedap Ke? Coca-Cola Buat Resipi Baru Guna Artificial Intelligence (AI) - Y3000 Zero Sugar

Sumber: Facebook/Ayie Mahadi

Tags: Talak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved