senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Inilah Cara Yang Betul Mencuci Sayur

leav by leav
March 15, 2018
in Tips
74
SHARES
22
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pernahkah anda terfikir, adakah betul dan selamat cara anda mencuci sayur selama ini? Tahukah anda betapa berbahayanya semburan racun perosak dan kulat yang digunakan pada tanaman seperti buah-buahan atau sayur-sayuran ini?

Anda boleh termakan racun, ulat kecil, serangga dan parasit sekiranya sayur tidak dibersihkan dengan betul. Berikut ini, Aliff Channel kongsikan cara bagaimana sepatutnya anda membasuh sayur dan memastikan agar benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan.

Untuk makluman, ada 3 kaedah yang betul untuk membersihkan sayuran atau buah-buahan. Pilih kaedah yang anda rasakan bersesuaian dan mudah untuk dilakukan.

Kaedah 1: Bilas

1. Sediakan buahan atau sayuran yang hendak dibersihkan. Cuci tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 saat.

2. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (US Food and Drug Administration, USFDA) menyarankan anda mencuci terlebih dahulu makanan yang mempunyai kulit SEBELUM dibuang kulitnya. (Contoh : buah epal)

3. Buang sebarang label pelekat yang ada pada makanan. Kemudian dengan menggunakan pisau yang bersih, buang segala bahagian kotor atau busuk pada makanan.

4. Bilas makanan di bawah air yang bersih. Seelok-eloknya dibilas menggunakan air yang selamat untuk diminum.

ADVERTISEMENT

5. Sental makanan yang mempunyai kulit tebal seperti timun, kentang, lobak merah atau mana-mana makanan yang berbuah di dalam tanah. Tujuan menyental ini adalah untuk menyingkirkan segala mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan.

Kaedah 2: Rendam

1. Kaedah ini perlu untuk makanan yang mempunyai banyak permukaan seperti anggur, makanan yang dibungkus padat seperti buah-buahan beri dan makanan yang mengandungi banyak liang kecil seperti brokoli dan kubis bunga.
sayur brokoli mengandung banyak liang di mana ulat dan kotoran senang masuk ke dalam

BACA JUGA  Tidak Disukai Ramai, Rupanya Makan Sayur Pahit Bermanfaat Bagi Kesihatan Tubuh Badan

2. Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air. Seelok-eloknya gunakan air yang selamat untuk diminum.

ADVERTISEMENT

3. Rendamkan makanan dalam air dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu (seperti gerakan mesin kain).

4. Rendamkan makanan berliang kecil seperti brokoli dan kubis bunga selama 1-2 minit kerana ia mengandungi banyak ruang di mana kotoran dan mikrob boleh tembus.

rendam sayuran berdaun mengikut helaian daun untuk menyingkirkan pasir dan ulat

5. Bagi sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung, asingkan terlebih dahulu setiap helaian daun. Rendamkan seketika kemudian ditapis menggunakan penapis. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi pasir atau kotoran dalam air rendaman.

Kaedah 3: Rendam dalam Larutan

1. Walaupun makanan sudahpun bersih dan selamat setelah menggunakan kaedah #2 di atas, namun anda boleh juga menggunakan campuran larutan lain untuk membersihkan sayuran dan buahan anda.

2. Larutan air garam: campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air dan rendamkan makanan anda di dalam larutan selama 5 minit. Kemudian bilas sekali lagi untuk menyingkirkan air garam tersebut sebelum sayuran digunakan atau disimpan.

3. Larutan cuka: buat larutan dengan mencampurkan ½ cawan cuka bagi setiap 2 cawan air. Rendamkan makanan selama 5 hingga ke 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Kaedah ini akan menghilangkan kesan racun perosak dan mengurangkan bakteria. Namun ia akan memberi kesan kepada tekstur dan rasa makanan.

4. Larutan produk komersial: Produk seperti Basic H yang dikeluarkan oleh jenama Shaklee sering digunakan oleh para suri rumah untuk mencuci sayuran. Larutan organik yang diperbuat daripada jagung dan kelapa ini dikatakan dapat mengekalkan kesegaran makanan selain menjadikan sayuran layu semakin segar.

BACA JUGA  14 Sayur Penyebab Anda Selalu Kentut

Sekarang anda tidak perlu risau lagi. Cucilah segala sayuran dan buah-buahan yang dibeli dengan betul. Elakkan daripada termakan pasir, racun dan kotoran yang melekat pada makanan.

Sumber: Mariberkongsi.com

Tags: sayur

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved