senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Petua-Petua Cara Hilangkan Migrain Atau Sakit Kepala

leav by leav
March 19, 2018
in Kesihatan

Ilustrasi - Foto: Pixabay.com

3.5k
SHARES
194
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tak kurang ramai yang mengeluh mengalami sakit kepala atau migrain. Ada yang sakit kepala yang menyerang secara berulang-ulang. Ada yang sehinggakan menganggu kehidupa seharian, pelajran terganggu termasuklah pekerjaan.

Bagi mereka selalu yang mengalaminya, mungkin patut mempelajari petua-petua berikut ini kerana pengambilan ubat-ubatan mungkin adalah tidak elok jika diambil terlalu kerap.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan serangan migrain:

– Stres atau tekanan
– Pengambilan alkohol
– Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
– Tidak cukup tidur
– Perubahan hormon ketika haid
– Tabiat merokok

Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda.

Berikut adalah perkongsian dari Dr. Ezairy M.Sallih di laman facebooknya. Beliau berkongsi beberapa petua yang boleh digunapakai sekiranya sakit kepala menyerang anda.

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA YANG ANDA HARUS TAHU

Ilustrasi – Foto: Pixabay.coms

Pernahkah anda mengalami sakit kepala teramat sangat? Akibat tekanan, migraine, ada banyak masalah dan sebagainya. Bagaimana hendak atasi dengan mudah di rumah?

Berikut adalah beberapa petua untuk melegakan sakit kepala:

ADVERTISEMENT

Tutup mata dan berehatlah

Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.

Urut leher dan kepala anda

Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga.

Hangat atau sejukkan leher anda

Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.

BACA JUGA  3 Sebab Omicron Berpotensi Berbahaya Menurut Pakar Kesihatan

Bersantai dan rileks

Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai teknik berehat boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.

ADVERTISEMENT

Kurangkan stres dan tekanan

Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.

Lihat semula apa yang anda makan dan minum

Apa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.

PERHATIAN: Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan supplement tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.

Sumber: Facebook/Dr. Ezairy M. Sallih

Tags: Migrainpetuasakit kepala

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved