senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Cara Mudah Masak Nasi Agar Tak Membazir Kalau Cuma Kita Seorang Nak Makan

leav by leav
July 7, 2018
in Netizen

Foto: Facebook

167
SHARES
9
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bila masak nasi macam biasa, sudah pasti banyak kerak nasi yang melekat pada periuk nasi, bukan? Kadang-kadang rasa tak berbaloi nak masak nasi kalau kita seorang saja nak makan.

Pada perkongsian berikut ini, Puan Amalina Aziz di facebook telah berkongsi tips khas buat anda. Cara masak nasi yang ditunjukkannya memang sesuai untuk masak nasi dalam kuantiti yang sedikit, contohnya untuk 1-2 orang makan.

Kadang-kadang, semua orang dalam rumah tak makan nasi, tapi ada seorang anak kecil yang tak boleh tak makan nasi dan kita nak beri makan nasi, bolehlah juga guna cara ini. Lihat berikut ini:

CARA MUDAH MASAK NASI DALAM PORTION KECIL SUPAYA TAK MEMBAZIR, TAK BERKERAK

Mudah saja sebenarnya cara masak nasi dalam portion sedikit. Menurut Puan Amalina, kali pertama beliau mencuba masak nasi dengan teknik ini terus berjaya.

Jom tengok cara yang dikongsikannya langkah demi langkah.

1. BASUH BERAS

Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.

2. MASUKKAN AIR SECUKUPNYA

Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.

ADVERTISEMENT

Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.

3. ISIKAN AIR DALAM PERIUK RICE COOKER

Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.

4. MASAK SEPERTI BIASA

ADVERTISEMENT

Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.

WAH, CANTIK KEJADIANNYA!

Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?

Lain kali tak ada alasan lagi malas nak masak nasi sebab sorang-sorang di rumah. Boleh masak dalam kuantiti sedikit macam ni. Lepas tu goreng telur dan ngap. Kan senang tu. Tak payah susah-susah pergi tapau dekat kedai mamak. Kita pun tak adalah terlebih makan bila dah masak cukup-cukup macam ni je.

BACA JUGA  Ciri-ciri Gadis Idaman Lelaki Mengikut Negeri

Tengok tu, tak ada kerak pun dan tak payah leceh-leceh nak rendam periuk nasi lagi masa mencucinya.

Senang sangat. Kena cuba tau. Silalah share kalau bermanfaat.

*Tips masak nasi dalam kuantiti kecil ini dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau atau follow beliau di SINI.

Tags: cara masak nasi

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved