senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Tabiat Minum Teh O Ais Boleh Jadi Punca Batu Karang

leav by leav
June 7, 2024
in Tips
Tabiat Minum Teh O Ais Boleh Jadi Punca Batu Karang
49
SHARES
1.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tahukah anda bahawa pengambilan teh ais secara berlebihan berkait rapat dengan risiko kesihatan buah pinggang yang lebih tinggi? Minuman yang biasa dinikmati seperti teh O ais sebenarnya boleh menjadi punca masalah serius seperti kegagalan buah pinggang.

Disebalik popularitinya di kalangan rakyat Malaysia, tidak ramai yang menyedari bahawa minuman ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Menurut kajian yang diterbitkan di laman Health News Daily, minum teh ais boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Kajian yang dijalankan oleh Loyola University Medical Center mendapati bahawa minuman teh yang dihidangkan sejuk mengandungi kandungan oksalat yang tinggi.

Oksalat adalah bahan kimia yang menyebabkan pembentukan kristal kecil mineral dan garam dalam badan. Dan bukan sahaja teh, makanan lain seperti bayam, rhubarb, coklat dan kacang juga termasuk dalam senarai makanan yang tinggi oksalat.

Foto: friedchillies.com

Walaupun kristal ini pada awalnya tidak membahayakan, namun penyelidik mengatakan ia boleh menyebabkan pengumpulan kristal yang boleh menghalang aliran air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing, akhirnya menyebabkan kesakitan yang teruk.

Dr. John Milner, seorang pembantu profesor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch, menyatakan, “Bagi individu yang ada masalah buah pinggang, teh ais adalah minuman yang tidak disyorkan. Seperti orang lain, saya juga suka menikmati teh ais semasa cuaca panas, namun jangan berlebihan.”

Seperti yang dimaklumkan, kekeringan adalah salah satu punca gangguan buah pinggang, dan minuman seperti teh ais mungkin meningkatkan risiko ini. Oleh itu, untuk mengelakkan dehidrasi, air putih tetap menjadi pilihan minuman yang terbaik.

Rujukan: Health News Daily

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Beg Tangan Wanita: Kenapa Lebih Kotor Dari Tandas?
Tags: teh

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved