senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Ini Sebab Kita Hilang Selera Makan Apabila Sedang Patah Hati

Nina by Nina
January 9, 2019
in Kesihatan

Pixabay

602
SHARES
226
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Perpisahan dalam perhubungan tidak semudah mengucapkan selamat tinggal. Terdapat banyak perubahan yang mungkin kita akan alami, salah satunya adalah hilang selera makan.

Pakar memanggil keadaan ini sebagai “diet yang rosak”. Dan ini dialami oleh ramai orang yang baru sahaja berpisah. Jangankan mahu makan, malah rasa lapar tiada ketika perpisahan berlaku.

titiknol.co

Mengolah dari laman detik.com, Marina Pearson dan Debra Smouse, perunding perkahwinan, tubuh badan dan fikiran sangat terhubung. Tidak hairanlah, jika kita sedih atau marah, tubuh kita akan terpengaruh juga.

Apabila hati kita terluka, badan kita akan rasa perkara yang sama. Samada ketika kita berada dalam keadaan sedih malah tertekan.

“Perkara pertama yang dilakukan oleh badan adalah melepaskan adrenalin yang akan mengalir ke seluruh badan dan meningkatkan tahap kortisol,” kata Pearson.

amazine.co

Terlalu banyak kortisol di dalam badan dan berlaku untuk masa yang lama akan meningkatkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kalsium dari tulang, meningkatkan tekanan darah, mengurangkan jisim otot, mengumpul lemak, bahkan mengurangkan keupayaan untuk berfikir.

“Dalam jangka pendek, ia akan menjejaskan sistem imun, dan kerana sistem imun berada dalam usus, tidak mengejutkan jika selera makan terjejas,” jelasnya.

Apabila anda sedang patah hati, kebanyakan orang akan mencari “makanan selesa” seperti coklat, ais krim, atau kek cawan. Ada juga orang yang sebenarnya tidak mempunyai rasa untuk makan.

“Kerana ada hubungan antara perut kita dan jantung kita, setiap makanan yang kita makan akan membuat kita rasa sakit dan kita juga tidak boleh menelan,” kata Smouse. Dia menjelaskan lebih lanjut, apabila kita memaksa diri kita untuk makan sesuatu, kita akan rasa lebih sakit.

“Kerana kita tidak bersedia untuk bangun dari kesedihan dan kekecewaan, kita tidak mahu merasa sakit sehingga kita memilih untuk tidak makan,” jelasnya.

ADVERTISEMENT

Walaupun kita mungkin gembira kerana penurunan berat badan, tetapi sebenarnya ia tidak sihat.

“Salah seorang pelanggan saya menjadi kurus dan tinggal tulang selepas perceraian. Beliau dinasihatkan oleh doktor untuk menaikkan berat badan, tetapi dia menegaskan bahawa suaminya akan kembali lagi, kerana wanita yang merampas suaminya langsing,” katanya.

BACA JUGA  Tidak Disukai Ramai, Rupanya Makan Sayur Pahit Bermanfaat Bagi Kesihatan Tubuh Badan
pexels.com

Bangkit dari kesedihan tidak semudah memetik jari anda. Tetapi salah satu cara terbaik untuk bangkit adalah dengan menjaga diri sendiri, baik secara emosi dan fizikal.

“Berat badan boleh menjadi sebahagian daripada keseimbangan, tetapi membiarkan diri anda kelaparan bukanlah cara untuk mencintai diri sendiri walaupun ia dapat membuat anda lebih langsing,” kata Smouse.

Jadi, apabila patah hati jangan terus menyeksa diri anda tetapi balas dendam dengan menjaga diri anda untuk semakin sihat dan bahagia. Tunjukkan padanya yang anda lebih bahagia tanpa dia yang langsung tidak memikirkan hati anda!

ADVERTISEMENT
Tags: hilang selerapatah hati

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved