senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Penyebab Utama Mengapa Hubungan Suami Isteri Semakin Renggang

Adenan by Adenan
April 14, 2019
in Hubungan, Random

picswe.com

497
SHARES
93
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Setiap pasangan mempunyai pasang surut dalam perhubungan, sudah pasti segala rasa suka duka di lalui bersama sepanjang perhubungan. Namun ada ketika membuatkan kita terfikir, sampai bila harus begini dan bagaimana untuk perbaiki hubungan agar semanis cinta dahulu?

Pergaduhan itu berpunca dari ego yang timbul dalam diri. Jika ego mula meninggi, hubungan yang kuat sekalipun mampu retak. Komunikasi antara pasangan sangat penting dalam hal ini, dan saling bertolak ansur adalah jalan terbaik.

Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa keretakkan dalam sesuatu hubungan, malah membuatkan hubungan anda dengan pasangan menjadi sangat renggang.

Foto: Kashoorga.com

Komunikasi

Kamu terlalu bosan untuk bercakap tentang perkara-perkara kecil kerana merasakan ia tidak penting. Atau boleh juga terjadi pada scenario di mana kamu bosan melaporkan setiap aktiviti kepada si dia? Sebagai contoh, kamu perlu report apa yang dilakukan kepada pasangan sama ada menerusi panggilan atau sekadar pesanan ringkas, yang sebenarnya boleh disimpan untuk diceritakan kemudian hari.

Rutin Harian

Rutin harian tanpa komunikasi agak rasa janggal dan sunyi, di mana kedua-duanya melakukan hal sendiri. Setiap hari melakukan rutin harian yang sama dan rasa hidup berdua itu sangat membosankan. Tiada rasa kemanisan dalam rumahtangga.

Tiada Lagi Keseronokan

Cuba tanya pada diri bila kali terakhir kamu berdua melakukan sesuatu yang menarik? Apabila kita berada dalam hubungan untuk jangka masa yang panjang, cuba lakukan sesuatu untuk membangkitkan kehangatan agar tidak terkubur. Mungkin kamu boleh rancang percutian, road trips ke tempat yang baru atau adventure, kejutan candle light dinner, apa sahaja yang memberi keseronokan dalam perhubungan.

Foto: Baituljannah.com

Kamu Rindukan Masa Bujang

Bila kebosanan mula timbul dalam diri, mula teringatkan waktu bujang dahulu. Terasa rindu hendak keluar dan bersama-sama rakan seperti dahulu. Ini kerana merasakan hidup berumahtangga tiada keseronokkan lagi. Seharusnya anda berusaha untuk memulihkan semula hubungan anda dengan pasangan, bukan semakain menjauh dan mengingati waktu bujang kembali.

ADVERTISEMENT

Masa Berdua

Ya menghabiskan masa berdua memang baik tetapi terlalu banyak masa bersama boleh menjadi sesak dan semak. Cuba luangkan waktu dengan kawan-kawan atau dengan diri sendiri. Jadi, apabila kamu bertemu pada hujung minggu, kamu berdua akan teruja untuk bercakap tentang kehidupan masing-masing, di sinilah kamu berasa seronok untuk tahu tahu aktiviti, perkara baru tentangnya.

BACA JUGA  Kehidupan Tanpa Ayah: Cabaran dan Kesedihan Anak

Kehidupan selepas berkahwin seharusnya menimbulkan rasa seronok, dan untuk mengekalkan rasa cinta itu anda harus berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan. Cuba selesaikan masalah dengan pasangan cara terbaik, bukan lepas tangan dan cuba larikan diri dari masalah. Sekian petikan dari Wanista.com

ADVERTISEMENT
Tags: renggangsuami isteri

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved