senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Anda Yang Mana Satu? Gen x, Gen Y atau Gen Z?

Adenan by Adenan
May 18, 2019
in Family, Netizen
gen x, y and z

Foto: youtube.com

138
SHARES
55
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tahukah anda tentang gen x, gen y atau gen z? Ada yang faham tentangnya, tapi ada juga segelintir dari kita tidak tahu apakah maksud itu. Ia merupakan generasi yang berkembang setelah perang dunia ke-2.

“Gen Y manja“, menurut sesetengah individu dari Gen X.

“Gen Z pemalas“, getus sesetengah individu dari Gen Y pula.

Namun, sudah pastikah mereka bahawa mereka bukan dari generasi yang sama? Di sini pentingnya untuk kita memahami latarbelakang setiap generasi yang berkembang. Jadi, mari kita kenali dahulu Gen X, Y dan Z serta sedikit latarbelakang di sebalik gelaran yang diberikan.

Gen X

Foto: monster.com

Menurut sebuah laporan Census di Amerika Syarikat pada tahun 2010 mengelaskan Gen X sebagai kelompok individu yang lahir dari awal 1960-an ke awal 1980-an. Berdasarkan sebuah esei yang berjudul GenXegesis:  Essays on Alternative Youth (Sub)Culture, Gen X adalah mereka yang membesar selepas Perang Dunia Kedua.

Dipetik dari laman Wikipedia, gelaran lain adalah Post Boomers, New Lost Generation, Latchkey Generation, MTV Generation dan The 13th Generation.
LA Times menyifatkan Gen X sebagai generasi yang optimis dan berkeyakinan tinggi.

Pengarang Neil Howe dan William Strauss menerusi sebuah artikel di Harvard Business Review menyifatkan Gen X sebagai “Generasi yang memiliki sifat keusahawanan paling tinggi di Amerika Syarikat” dan melabelkan generasi ini sebagai “high-tech savvy” dan “marketplace resillience“.

Ciri-ciri lain Gen X:

Berdikari, minat yang mendalam terhadap sukan, pintar menggunakan sumber sekeliling, pragmatis (praktikal), sinis dan mementingkan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan.

Gen Y

Foto: google

Menurut Merriam-Webster, Gen Y merangkumi individu yang lahir di antara tahun 1980-an sehingga 1990-an.

Melalui Wikipedia, gelaran lain adalah Millennials, Echo Boomers, New Boomers, Generation Me, The Me Me Me Generation, Generation 9/11, Generation We, Generation Next, The Net Generation, The Burnout Generation dan Digital Natives.

ADVERTISEMENT

Menurut sebuah buku berjudul Millenials Rising, Gen X dikenali sebagai generasi yang memiliki sikap moral dan sentimen komuniti yang tinggi. Selain itu, Gen X dilabelkan sebagai bercita-cita dan berkeyakinan tinggi, bekerja dalam kumpulan, dilindungi, istimewa, konvensional, dan tertekan.

BACA JUGA  Ikutan Trend Bulu Hidung Palsu Trend Masa Kini?

Namun, pendapat ini disanggah oleh ahli psikologi Jean Twenge. Twenge menyatakan bahawa Gen Y memiliki ciri-ciri berikut: bertoleransi, memiliki “sense of entitlement” dan narsisistik.

Ciri-ciri lain Gen Y:

Materialistik, kurang mementingkan institusi, politik dan falsafah kehidupan, mementingkan masa hadapan, kestabilan kewangan, kebebasan bersuara, rangkaian bersama rakan-rakan, pilihanraya dan hak mengundi, memiliki kesedaran social yang tinggi, sukakan kreativiti dan maklumbalas segera, dinamik, suka mengambil risiko, penutur asli bahasa digital, mementingkan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan dan memiliki keinginan yang tinggi untuk menjadikan dunia lebih baik.

Gen Z

Foto: peoplehr.com

Memetik agensi pekerjaan Canada, Randstad, Gen Z meliputi individu yang lahir dari 1995 sehingga 2014.

ADVERTISEMENT

Menurut Wikipedia, kelompok ini mendapat jolokan gelaran iGeneration, The Centennials, The Delta Generation, The Founders, The Internet Generation, Mass Shooting Generation, Post Millennials, The Pluralist Generation dan Neo-Digital Natives.

Menurut Public Relations Society of America, Gen Z terdidik sebagai generasi yang mahu berdikari dan berkeusahawanan tinggi setelah menyaksikan pengalaman generasi terdahulu bergelut dengan krisis kewangan dunia. Gen Z turut berdepan dengan kadar tekanan emosi yang tinggi akibat kewujudan jurang ekonomi yang semakin ketara di kalangan ahli keluarga mereka.

Ciri-ciri lain Gen Z:

Berazam tinggi, setia, belas kasihan, bertimbang rasa, bersifat terbuka terhadap idea baru, mementingkan pendidikan, progresif, memiliki ikatan digital dengan Internet dan kebergantungan tinggi terhadap teknologi, menggunakan pelbagai jenis laman social bagi memenuhi keperluan yang berbeza dan mementingkan hubungan atas talian serta kemahiran sosial.

Tags: gen xgen ygen zgenerasigeneration

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved