senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Tanda Kucing Dijangkiti Cacing Yang Pencinta Kucing Kena Tahu

Adenan by Adenan
July 8, 2019
in Tips
tanda kucing dijangkiti cacing

Foto: ms.fanpop.com

112
SHARES
4.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tanda kucing dijangkiti cacing, haruslah diketahui oleh para pencinta kucing jika kucing peliharaannya sihat sentiasa. Perlulah, kita ketahui jangkitan cacing tidak menyerang manusia saja.

Haiwan seperti kucing dan binatang mamalia lainya turut diserang penyakit ini. Sebaiknya, kita juga harus tahu tentang cacing apa yang biasa menyerang sistem pencernaan kucing, berikut memetik laman okdogi.com.

1 Jenis cacing yang menjangkiti kucing

Cacing pita

cacing pita
Foto: pinterest.co.uk

Kucing yang terkena cacing pita ini biasanya akan mengalami cirit-birit serta tahi berdarah, dan pada masalah yang kronik juga boleh menyebabkan kurangnya gizi, infeksi usus, serta masalah pada sumber pencernaan yang lain.

Ada beberapa spesis cacing pita yang sering menyerang pencernaan kucing di antaranya, Dipylidium caninum, Taenia taeniaformis, dan echinococcus.

Cacing pita mempunyai bentuk kepala (scolex) dengan berbagai mulut penghisap yang mempunyai fungsi menghisap zat makanan dan darah di pencernaan usus kucing.

Banyak kes yang terjadi sekitar 60% dari semua populasi kucing diserang oleh cacing yang berbahaya ini.

Oleh sebab itu, cara yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan memberikan ubat cacing secara teratur dengan nasihat daripada doktor haiwan.

Cacing gelang

cacing gelang
Foto: gambarbinatang.com

Ada beberapa jenis spesis cacing gelang yang mampu menyerang kucing ke dalam tubuhnya. Tapi yang paling sering bersarang di tubuh kucing secara umum adalah toxascaris leonina dan toxacara cati.

ADVERTISEMENT

Cacing gelang ini mempunyai bentuk seperti cacing tanah, yang mempunyai bentuk kepala dan ekor lebih kecil dari perutnya. Cacing jenis ini jarang sekali menyebabkan penyakit kronik pada kucing dewasa.

Namun pada anak kucing, cacing ini sungguh berbahaya dan akan mengakibatkan berat badan turun secara mendadak tapi mengalami pembuncitan pada perut.

Penanganan terbaik untuk masalah penyakit ini adalah dengan memberikan ubat cacing yang tepat sesuai mengikut nasihat doktor haiwan. 

2 Penyebab kucing dijangkiti cacing

Kutu : Penyebab kucing cacingan biasanya kerana kucing suka menjilat bulunya sendiri, boleh jadi kutu dan telur kutu yang ada dibulunya termakan oleh mereka dan menetas di dalam usus.

ADVERTISEMENT

Cacing dan telur cacing : Kebiasaan kucing yang tidak bersih boleh menjadi faktor utama kucing cacingan, mereka suka menjilat tubuhnya dalam keadaan kotor atau menjilat bulu kucing lain.

BACA JUGA  Kucing Malang Yang Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Dan Keadaan Saudaranya Yang Menyedihkan Sesiapa Yang Melihat

Pemberian makanan yang kotor boleh menjadi faktor kedua, kucing yang lapar akan memakan makanan yang mungkin tidak bersih, daging busuk atau makanan yang ada di tempat yang tidak bersih.

Ada juga cacing yang hidup pada tubuh ikan air tawar, pastikan anda membersihkan daging ikan atau menggorengnya dahulu sebelum disantap oleh kucing. Telur cacing juga bisa jadi terinfeksi ke kucing melewati haiwan lain seperti tikus.

3 Tanda kucing telah dijangkiti cacing

kucing
Pexels/Tamba Budiarsana

Semasa kucing kecacingan, kadangkala kita tidak menyedarinya ada beberapa tanda yang boleh dikategorikan sudah kritikal pada fizikal dan kesihatannya.

Oleh sebab itu, sebelum anda melihat kondisi kucing semakin buruk sebaiknya anda harus tahu tanda awal ketika kucing yang baru saja dijangkiti cacing, berikut ini ciri-cirinya.

Badan kurus membuncit

Kucing kecacingan memiliki bentuk badan yang ganjil, badannya terlihat kurus tapi di bahagian sisi perutnya terlihat buncit. Jika ada yang mempunyai kucing dengan gejala fisik seperti ini, maka boleh di pastikan kucing tersebut terkena cacingan.

Langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan ubat cacing dengan dos yang di tepat.

Sering minum berlebihan

Jika kucing sering minum berlebihan, tapi tidak mahu makan? Harus berhati hati dan berwaspada pada kesihatan kucing.

Boleh saja kucing tersebut terkena kecacingan, tapi harus di sesuaikan dengan gejala lainnya. Seperti badan kurus dan perut buncit. Untuk penanganan pada masalah ini sebaiknya gunakan ubat cacing yang telah terbukti berkhasiat.

Muntah-muntah

Kucing yang mengalami muntah-muntah tapi perutnya buncit? Anda harus berjaga-jaga, kucing mungkin dijangkiti cacing pada saluran pencernaannya.

Sehingga fungsi usus di dalam tubuh kucing tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebaiknya bawa kucing ke doktor haiwan untuk diberikan rawatan.

BACA JUGA  Mimpi Kucing Hitam, Adakah Tanda Membawa Tuah?

Kotoran kucing berwarna putih

Salah satu ciri ini yang paling pelik, kenapa? Kerana jarang sekali kita melihat ada kotoran yang berwarna putih. Menurut pakar, ketika kucing mengalami keputihan pada kotorannya, boleh dipastikan kucing tersebut telah dijangkiti cacing pada sistem pencernaannya. Langkah terbaik adalah berjumpa dengan doktor haiwan.

Kotoran yang berisi cacing

Tanda ini sudah pasti jelas dan dapat disimpulkan. Jika anda sudah boleh memastikan kucing dijangkiti cacing, sebaiknya berikan pertolongan awal dengan ubat cacing dengan cepat dan tepat, berikut ini adalah jenis ubat cacing dan kegunaannya.

Penting untuk diketahui, jangan sekali-kali memberikan ubat cacing kepada kucing hamil kerana kandungan ubat mengakibatkan kematian untuk janin kucing.

Bulu rosak dan nampak kusam

Oleh kerana nutrisi pada makanan tidak disalurkan dengan baik ini akan menggangu pertumbuhan bulu kucing. Bulu yang baik adalah bulu yang berkilau. Jika bulu kucing memiliki tanda seperti kusam, mungkin kucing anda terkena jangkitan cacing.

Jadi, jika bulu kucing menjadi rapuh atau lebih parah terjadi kebotakan boleh disimpulkan kucing dijangkiti cacing, walaupun wujud kemungkinan masalah lain.

Gusi

Gusi yang sihat adalah berwarna merah muda mungkin seperti gigi kita. Jika gusi kucing lebih putih, ini berkemungkinan kurangnya nutrisi yang disebarkan akibat nutrisi dimakan oleh cacing.

Berkurangnya nafsu makan

Kucing yang dijangkiti cacing parah akan mengurangi nafsu makan mereka, ini disebabkan cacing yang ada di usus melukai bahagian usus, menjangkiti perut dan membuat perut kucing sembelit. Parahnya, cacing yang mengambil hampir kebanyakan nutrisi yang ada di tubuh kucing akan membuat kucing menjadi lemas. Tubuhnya yang tidak sihat sering menjadi faktor mereka malas bermain yang ternampak seperti sakit.

4 Ubat cacing khusus

Banyak ubat cacing yang ada di pasaran yang menawarkan terapi khusus untuk membunuh cacing yang ada di tubuh kucing, ada 3 jenis ubat yang boleh membanteras kecacingan kucing ini.

Combantrin

combantrin
Foto: londondrugs.com

Obat cacing ini mengandung bahan dari pyrantel, yang berfungsi hanya dapat membasmi cacing gelang.

BACA JUGA  Rosie Kucing Tertua Di Dunia, Mati Pada Usia 33 Tahun

Jika kucing kamu terdeteksi adanya cacing gelang dalam pencernaanya, maka obat ini sangat baik untuk mengobati kucing kamu. Pembelian obat ini bisa di dapatkan di apotik terdekat.

Vermox

vermox

Foto: clicks.co.za

Jenis ubat cacing ini mengandungi bahan bendazol, fungsinya sama dengan combantrin iaitu juga dapat membunuh cacing gelang.

Cara kerja ubat ini: pengambilan gliukosa secara irreversible yang akan terjadi pengosongan (deplesi) glikogen pada cacing.

Sehingga cacing akan mati dan keluar dari tubuh dalam keadaan hancur berkeping keping. Jika anda ingin membelinya, anda boleh mendapatkannya di veterina yang terdekat.

Drontal cat

drontal
Foto: petremedies.co.uk

Ubat cacing ini memiliki dua kelebihan dari jenis ubat cacing lainnya, bahan ubat ini mengandungi pyrantel dan prazyquantel. Sehingga dapat membunuh cacing gelang dan cacing pita sekaligus.

Ubat ini paling bagus untuk menangani kucing cacingan. Ubat ini juga boleh di beli di petshop dan veterina terdekat.

Drontal plus

drontal plus
Foto: heartlandvetsupply.com

Bahan dari ubat cacing ini hampir sama seperti drontal cat, memiliki kandungan prazyquantel, pyrantel, dan febantel.

Ubat ini dapat membasmi cacing gelang dan cacing pita dalam pencernaan yang dijangkiti oleh cacing.

Secara amnya, ubat ini di gunakan untuk anjing, namun boleh juga di gunakan untuk kucing yang menderita cacingan.

Kadar pengambilan ubat ini sebaiknya dengan dos yang di nasihatkan oleh doktor haiwan.

Ubat ini tidak boleh di gunakan untuk kucing hamil, kerana kesan dari bahan kandungan (febantel) pastinya akan membunuh janin pada induk kucing tersebut.

Setiap pemberian ubat cacing harus di pastikan untuk di ulang setiap 2 minggu kemudian. Jadual pemberian ubat cacing juga bergantung kepada keadaan lingkungan umur kucing tersebut.

Biasanya kucing yang sering bermain di kebun atau diluar rumah, seharusnya lebih kerap memberikan ubat cacing berbanding kucing yang biasa berada dalam rumah.

Fungsi pemberian ubat cacing secara berkala lazimnya adalah untuk menghindar dari terjadinya pembentukan cacing pada tubuh kucing tersebut.

Sumber: okdogi.com

Tags: cacingkucing

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved