senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Bubble Tea Lebih Tinggi Gula Dari Air Bikarbonat

Adenan by Adenan
July 8, 2019
in Kesihatan
bubble tea
43
SHARES
730
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Minuman bubble tea sememangnya sangat digemari oleh segelintir daripada kita dan menjadi trend, rata-rata netizen kini dilihat terlalu obses dengan pelbagai jenama bubble tea ini.

Jika anda pernah merasa minuman tersebut, sudah pasti anda akan rasa ketagik dengan keenakkan dan kemanisan minuman tersebut. Dlam tidak sedar, kadar gula dalam darah meninggi.

Oleh kerana ianya sangat enak, mereka yang menggemari minuman tersebut tidak kisah dan tidak pernah ambil tahu akan kandungan gula dalam minuman tersebut.

Jom ikuti penjelasan dan perkongsian kesihatan dari Pakar Pemakanan, Ms Yen Ying dari Hospital Pantai Pulau Pinang.

Berapakah kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea?

Untuk secawan minuman bubble tea 500ml tanpa campuran bahan-bahan tambahan lain, ia didapati mengandungi sekitar 30g – 40g gula. Ia adalah bersamaan kira-kira 6 hingga 8 sudu teh gula tebu setiap cawan, dan kandungan gula yang tinggi dalam segelas minuman ini cukup membimbangkan. 

Kini jika dilihat, minuman bubble milk tea yang original makin berubah apabila ia diberikan pelbagai pilihan dan variasi. Bahan-bahan campuran bersama minuman seperti jeli, puding, dan ‘pearl’ (atau lebih dikenali sebagai – ‘boba’) juga biasanya dicampurkan sekali.

Foto: Miss Yen

Tambahan ‘topping’ inilah yang meningkatkan lagi kandungan gula dan juga kalori dalam minuman yang disediakan.

Adakah ‘pearl’ ini  bahaya atau tidak

‘Pearl’ atau sejenis sagu (boba) diperbuat daripada kanji dan bebola kecil ini tidak mempunyai sebarang nutrien lain. Cuma ia penuh dengan kandungan karbohidrat. Pelbagai jenis ‘boba’ boleh didapati di pasaran hari ini misalnya boba biasa dan boba bersalut gula perang. 

ADVERTISEMENT

Mana-mana jenis minuman bubble tea ini sememangnya tinggi kandungan gula, di mana cawan minuman pula disalut dengan gula perang di dalamnya dan ini sekaligus meningkatkan kadar gula sehingga kira-kira 90g gula. 

BACA JUGA  Kuku Berubah: Kenali Tanda Awal Penyakit

Jangan terkejut ya, kerana setelah disukat tahap gula dalam kandungan bubble tea, jumlah gula  adalah dua kali ganda daripada cadangan penggunaan gula oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (maksimum 5 hingga 10 sudu teh gula setiap hari) dan hampir tiga kali kandungan gula berbanding satu tin minuman Coca-Cola. 

Walaupun ini boba ini tidak menimbulkan sebarang risiko dari segi ‘chemical’, namun kita tidak harus mengabaikan aspek kadar gula yang disebutkan tadi. 

Bubble tea juga sentiasa dianggap ‘sihat’ kerana ramai menganggap ia sekadar teh. Walau bagaimanapun, ia sudah lagi jadi tidak sihat apabila ditambah bahan-bahan diproses seperti boba, pewarna, sirap, perasa tiruan dan banyak lagi. 

ADVERTISEMENT

Terdapat pelbagai cara untuk membuat bubble tea menjadi lebih sihat. Contohnya meminta susu rendah lemak sebagai alternatif untuk susu pekat atau krimer bukan tenusu, serta tidak memilih ‘topping’ tambahan seperti boba dan jeli. 

Minum minuman yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan, bukan minum minuman yang boleh mengakibatkan bertambahnya penyakit dalam badan.Sekian petikan dari Bm.cari.com.my

Tags: bubble teaminuman

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved