senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Journaling Membantu Wanita Hilangkan Tekanan

Adenan by Adenan
March 9, 2020
in Lifestyle, Netizen
0
SHARES
24
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Journaling merupakan amalan seseorang untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Maka, secara semulajadi memang ada tekanan besar untuk menjadi lebih baik. Kesibukan seharian sama ada di tempat kerja mahupun di kampus, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah mengalami tekanan.

Untuk menghilangkan tekanan itu, ada yang melukis, ada juga yang menyanyi. Tidak kurang juga yang memasak untuk melupakan segala masalah. Cara untuk melepaskan stress ke arah positif sangat berbaloi berbanding jika dipendam dalam hati sahaja.

Jika anda seorang yang kreatif, catatan yang dihasilkan menggunakan pelbagai bahan antaranya pelekat berwarna-warni dan kata-kata motivasi juga mampu memberi ransangan.

Bermula dengan hobi yang dinamakan journaling itu, anda akan mendapati diri anda semakin tenang dan gembira.

“Saya mula membuat catatan berhias ini pada 2015. Asalnya tugasan di tempat kerja memerlukan ketepatan dalam semua perkara, malah tidak boleh ada kesilapan langsung!”

Nurul Ili

“Oleh itu, saya perlu mencari sesuatu untuk meredakan tekanan dan saya dapati journaling memberi kelegaan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Nurul Ili

“Journaling membuka peluang kepada saya untuk berkarya secara bebas dengan fikiran yang lebih terbuka, tiada salah tiada betul. Paling penting, tiada pertelingkahan atau penghakiman terhadap apa yang dilakukan.

“Secara tidak langsung hobi ini membolehkan saya meluahkan perasaan secara kreatif. Mahu tampal atau tulis di kiri, kanan atau atas halaman pun tiada yang salah,” katanya.

Nurul Ili

Journaling bukan hobi baharu dalam kalangan rakyat Malaysia, namun tidak ramai yang melakukannya lantaran merasakan diri tidak mempunyai kreativiti.

Nurul Ili berkata, bagi penggemar journaling, hobi itu menjadikan mereka lebih kreatif, gembira dan sentiasa bersemangat mencipta sesuatu yang baharu setiap hari.

“Bagi saya, journaling ini sama seperti kehidupan. Perlu berani mencuba, barulah kita dapat rasa. Seperti jatuh, rasa sakit, baru kita tahu perasaanya.

Nurul Ili

“Saya juga dapat mendisiplin dan motivasikan diri ke arah yang lebih baik dengan journaling,” katanya yang memperuntukkan sekurang-kurang 20 minit setiap hari untuk membuat catatan pada buku yang dikhaskan.

Nurul Ili
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: journaljourney

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    120 shares
    Share 48 Tweet 30
  • “Sebab Nak 200k Tu Ke?” – Mangsa Buli Dah Meninggal Tapi Uqasha Senrose Tak Nak Tutup Kes?

    98 shares
    Share 39 Tweet 25

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved