senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Pasar Raya Bertindak Buang Makanan Bernilai Lebih RM152K Selepas Seorang Wanita Sengaja Batuk Padanya

leav by leav
March 27, 2020
in Dunia, Random
1k
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Majoriti dari rakyat jelata seluruh dunia ketika ini mengambil langkah berjimat cermat dalam menguruskan bekalan makanan dan keperluan harian akibat penularan wabak COVID-19.

Kebanyakan negara telah menjalankan perintah berkurung dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membazir dalam membeli barangan keperluan.

Gerrity’s Supermarket, sebuah pasar raya yang terletak di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah mengalami kerugian lebih dari AS$ 35,000 (sekitar RM 152,000). Semuanya gara-gara seorang pelanggan wanita yang dikatakan batuk dengan sengajanya di semua bagian makanan.

“Wanita itu telah batuk dengan sengaja di semua bahagian makanan, tempat daging mentah dan bahagian bakeri.”

Pasar raya berkenaan terpaksa mengambil langkah keselamatan dengan membuang semua makanan yang dipercayai terjejas. Walaupun tidak pasti sama ada wanita itu mengalami sebarang penyakit atau pembawa COVID-19, namun sebagai langkah berjaga-jaga mereka membuang semua makanan.

Kerja-kerja pembersihan terus dilakukan di mana mereka mengosongkan rak bahagian makanan yang terjejas dan melakukan kerja pembasmian kuman. Pengosongan rak makanan itu kemudian mencetuskan panik di kalangan penduduk yang menganggap kerana tiada bekalan makanan yang mencukup di pasar raya itu.

Setelah kerja-kerja pembersihan selessai dilakukan, makanan baru kembali diletakkan di rak berkenaan. Buat masa ini, Pennsylvania sudah menerima 1,260 kes positif COVID-19 jadi ia menambah lagi kerisauan di pihak pasar raya untuk mengambil langkah keselamatan.

Kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang melucukan lagi-lagi jika ada yang cuba melakukan ‘prank’ dengan mendakwa dirinya adalah pesakit COVID-19. Sebelum ini, ada beberapa individu ditahan selepas dengan sengajanya batuk kepada orang lain sambil mendakwa dirinya positif COVID-19. Malah, ada pekerja di pasar raya antara yang menjadi mangsa dalam ‘prank’ ini.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Ingkar Perintah 'Lockdown', Polis India Pukul Sehingga Menyebabkan Kematian
Tags: covid19

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved