senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Seekor Kucing Di Dakwa Positif Covid-19

Adenan by Adenan
March 29, 2020
in Dunia, Kesihatan
4
SHARES
22
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Seekor kucing didakwa di jangkiti wabak virus covid-19 dimana jangkitan manusia kepada haiwan adalah amat jarang berlaku.

Media antarabangsa mendakwa seekor kucing peliharaan di Belgium positif koronavirus setelah dijangkiti daripada pemiliknya.

Menurut Jakarta Post, jangkitan dari manusia kepada haiwan adalah jarang berlaku. Sebelum ini, dua ekor anjing di Hong Kong turut didakwa positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan ke atas haiwan peliharaan pesakit.

Jangkitan itu dilapor berpunca daripada kontak rapat antara haiwan dengan pesakit COVID-19, namun haiwan dipercayai tidak boleh menyebarkan virus itu kepada manusia, kata Dr Emmanuel Andre, jurucakap agensi kerajaan Belgium.

Di Hong Kong, anjing tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom akibat virus berkenaan. Sementara itu dalam kes di Belgium, kucing tersebut mengalami masalah pernafasan dan penghadaman.

“Kucing itu mengalami cirit birit, kerap muntah dan sukar bernafas. Penyelidik menemui virus di dalam najisnya,” kata Profesor Steven Van Gucht dilaporkan New York Post.

Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan haiwan itu dan pemiliknya, lapor portal tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menegaskan tiada bukti anjing, kucing atau mana-mana haiwan peliharaan boleh menyebarkan COVID-19 kepada manusia.

Beberapa bulan lalu di China, sebahagian pemilik-pemilik haiwan dilaporkan mencampakkan haiwan peliharaan mereka dari atas bangunan kerana dipercayai khuatir haiwan itu boleh menyebarkan virus tersebut.

ADVERTISEMENT

Jagalah kucing anda supaya tidak terkena jangkitan wabak tersebut.

ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Penggunaan Media Sosial Berlebihan: 5 Kesan Negatif yang Perlu Anda Tahu
Tags: covid-19haiwankucing

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved