senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Virus Boleh Kembali Aktif Kepada Pesakit Yang Sembuh

Adenan by Adenan
April 10, 2020
in Dunia, Kesihatan
458
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Menurut portal berita harian, virus covid-19 kemungkinan boleh kembali aktif kepada pesakit yang sembuh. Hal ini sangat merbahaya jika ianya aktif kembali kerana boleh jadi gelombang ketiga.

COVID-19 boleh kembali aktif semula pada pesakit sudah sembuh, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC).

Kira-kira 51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan kembali positif, sama ada dijangkiti atau virus itu kembali aktif di mana mereka diuji positif selepas habis tempoh kuarantin, menurut Ketua Pengarah CDC, Jeong Eun-kyeong.

“Walaupun kita meletakkan pengaktifan semula adalah penyebab kemungkinan, dalam masa yang sama turut mengadakan kajian komprehensif. Banyak kes menunjukkan pesakit diuji negatif dan keesokan harinya positif,” kata Jeong.

virus boleh kembali aktif

Virus boleh kembali aktif

Pesakit hanya akan ditentukan pulih sepenuhnya selepas diuji dua kali dan menunjukkan negatif dalam tempoh 24 jam dan CD juga akan akan menjalankan siasatan epidemiologi ke dalam kes-kes terbabit.

Korea Selatan antara negara awal yang berdepan dengan COVID-19, namun hanya 200 kematian dicatatkan.

Negara itu melaksanakan antara program ujian paling mahal dan pendekatan berteraskan teknologi untuk mengesan jangkitan, menyaksikan Korea Selatan membendung wabak itu tanpa sebarang perintah berkurung dan penutupan perniagaan.

Dalam masa yang sama, ketakutan pesakit sembuh dijangkiti turut meningkat di China, selepas terdapat laporan terhadap ujian menunjukkan pesakit positif semula, malah ada yang meninggal dunia selepas sembuh dan meninggalkan hospital.

ADVERTISEMENT

Tidak diketahui mengapa ia berlaku, walaupun ada yang percaya bahawa masalah itu mungkin berpunca daripada tidak konsisten dalam hasil ujian.

Sehingga Rabu lalu, Korea Selatan melaporkan sebanyak 10,384 kes dengan 6,776 dibenarkan keluar dari hospital, menurut data daripada Johns Hopkins University dan Bloomberg.

Dengan kenyataan ini kita berharap supaya virus itu tidak akan muncul lagi selepas pesakit sembuh kerana ia melibatkan ramai lagi mangsa jika virus tersebut kembali aktif. Dengan ini, kita harus lebih berwaspada dengan gelombang ketiga dan anda harus duduk di rumah sehingga selesai wabak ini.

Sumber: bharian

ADVERTISEMENT
Tags: kembali aktifvirus

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    120 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 8 Tempat Menarik Di Kapit Sarawak Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved