senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Food

Resepi Mudah Pepes Ikan Kembung, Lauk Sesuai Untuk Makan Tengahari

leav by leav
February 14, 2022
in Food

Foto ilustrasi - Sajian Sedap

3
SHARES
288
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Memikirkan nak masak apa hidangan harian kadangkala boleh mengelirukan. Oleh itu, kami di Aliff Channel mencadangkan idea menu makan tengah hari, pada hari ini dengan resipi pepes ikan kembung yang akan menjadi hidangan yang sesuai dan mudah untuk dimasak.

Resepi ini dihidangkan dengan rempah halus yang membungkus isi ikan dan dimasak dibalut dengan daun pisang supaya rasanya sempurna.

Cara pembuatan pepes ikan kembung ini boleh dikatakan agak mudah dan senang.

Mudah yang bagaimana? Anda hanya perlu kisar rempah ratus dan letak pada ikan dan kemudian bungkus dengan daun pisang. Tada! Selepas dikukus, anda kemudian membakarnya untuk menjadikannya lebih lazat.

Jika anda tidak sabar untuk membuatnya, lihat cara-caranya seperti yang disiarkan di laman Sajian Sedap berikut ini.

Bahan:
5 ketul ikan kembung, dikerat
2 helai daun salam, dikoyak
3 helai daun selasih, dipetik
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
5 helai daun pisang, untuk dijadikan pembalut
10 pencungkil gigi

Rempah kisar:
3 biji candlenut, panggang
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili merah besar
2 biji cili merah
1/2 sudu kecil ketumbar

Cara membuat pepes ikan kembung

#1 Langkah pertama yang boleh anda ambil untuk membuat resipi pepes ikan kembung ialah, lumur ikan dengan garam, gula dan rempah kisar. Biarkan selama kira-kira 15 minit untuk rempah meresap.

ADVERTISEMENT

#2 Ambil sehelai daun pisang dan susun daun selasih, daun salam dan ikan kembung. Balut dengan daun pisang kemudian sematkan hujung daun pisang dengan pengcungkil gigi kayu.

#3 Kukus pepes dalam pengukus yang telah dipanaskan dengan api sederhana, selama 30 minit sehingga pepes masak. Siap.

#4 Sediakan kuali yang telah dipanaskan dengan api sederhana, kemudian letakkan pepes yang telah dikukus di atasnya. Bakar sehingga naik bau dan warnanya keperangan.

BACA JUGA  Semua Kenal Nasi Ayam Penyet, Tapi Apa Maksud Penyet?

#5 Pepes ikan kembung hasil tangan anda sendiri sedia untuk dihidangkan!

ADVERTISEMENT

Semoga berjaya!

Source :
Sajian Sedap
Tags: ikanresepi

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved