senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Trend Wanita Memakai Pakaian Ketat Tayang ‘Badan’ Waktu Berbasikal Makin Teruk

leav by leav
February 17, 2022
in Netizen

Ilustrasi

1
SHARES
75
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Nampaknya beriadah dengan mengayuh basikal sudah menjadi trend terkini dan menjadi kebiasaan dan pilihan rakyat Malaysia.

Ada yang benar-benar berminat dengan aktiviti riadah ini sehingga membeli basikal yang mencecah harga ribuan ringgit dan aktiviti ini bukan sahaja diminati lelaki, malah wanita juga.

Namun, isu yang menjadi perdebatan di media sosial ketika ini ialah cara pemakaian wanita yang sering dilihat agak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.

Ilustrasi

Memetik laporan Kosmo!, kebanyakkan netizen menyifatkan wanita yang berpakaian seperti itu bukannya betul-betul mahu melakukan aktiviti berbasikal, tetapi hanya kerana ingin menayangkan badan mereka semata-mata.

“Cuba tahu dosa sikit, ni ada juga orang perempuan yang ‘ride’ bersama kawan-kawan lelaki, lagi ‘syok’ la kawan-kawan dia,” jelas seorang netizen.

Untuk menilai orang ini adalah mudah. Sebolehnya, jika ada kawan muslim yang perangai tak senonoh macam ni, tegurlah dan bimbinglah mereka untuk kembali ke jalan yang benar.

10 Sebab Berbasikal Jadi Pilihan Aktiviti Riadah Rakyat Malaysia

Tak dinafikan, berbasikal ialah aktiviti yang memberikan banyak kelebihan fizikal kepada kesihatan anda. Salah satu kebaikan utama berbasikal yang boleh kita perolehi tentunya ia dapat menghilangkan lemak dalam badan.

1 Mengurangkan Berat Badan

Benar, berbasikal dapat mengurangkan berat badan apabila dilakukan secara teratur.

Berbasikal meningkatkan pembakaran kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu dalam penurunan berat badan.

ADVERTISEMENT

2 Mengawal Tekanan Darah

Memetik dari Journal of Cardiovascular Pharmacology pada tahun 1995, berbasikal mampu memperbaiki kawalan tekanan darah dengan 10/8 mmHg pada pesakit dengan tekanan darah tinggi.

3 Meningkatkan Kesihatan Mental

Bekas pemegang rekod Jam Graeme Obree, mengalami kemurungan sepanjang hayatnya dan memberitahu:

“Keluar dan mengayuh akan membantu orang yang mengalami depresi. Tanpa berbasikal, saya seakan hilang arah.“

BACA JUGA  Wanita Ini Bukak Mulut Pengalaman 13 Tahun Hidup Bersama Suami Kerja Badut

Kebaikan bersenam secara berbasikal menggabungkan latihan fizikal dengan aktiviti luar, disamping meneroka pemandangan baru.

ADVERTISEMENT

Anda boleh berkayuh solo untuk menghilangkan rasa resah dan risau, ataupun meluaskan jaringan kenalan dengan berkayuh secara berkumpulan.

4 Mengurangkan Penyakit Diabetis

Mereka yang rajin bersukan sememangnya dapat mengurangkan penyakit diabetis.

Berbasikal merupakan salah satu contoh senaman yang sangat baik untuk mengawal diabetis anda.

5 Merawat Artritis Berbanding Senaman Lain

Berbasikal tidak memberi tekanan pada sendi atau tulang rawan.

Sebaliknya, ia membantu menguatkan otot dan sendi di kaki dengan pergerakan yang boleh menguatkan tulang rawan.

Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan bengkak sendi.

6 Mengurangkan Risiko Strok

Ia juga mengurangkan risiko strok (pembunuh utama di Malaysia) dan penyakit jantung koronari.

Dalam satu kajian, senaman pada mesin kitaran statik pada pesakit dengan kegagalan jantung meningkatkan fungsi jantung (Lancet, 1990).

7 Kurangkan Tekanan Stres

Seperti senaman lain, berbasikal akan membebaskan endorfin dan membuang semua perasaan negatif, terutamanya tekanan yang ada dalam diri anda.

Pembebasan endorfin bukan sahaja meningkatkan mood dan mengawal keseimbangan hormon individu, malah menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

8 Menguatkan Tulang

Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang.

Oleh itu, risiko patah tulang atau kecederaan tulang lain akan dikurangkan.

Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.

Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut.

Kanak-kanak yang sedang menjalani proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan bahagian kaki kerana mereka bukan sahaja mampu menguatkan kaki tetapi juga berusaha untuk menjadikannya lebih tinggi.

BACA JUGA  Pelanggan Kongsi Sotong Restoran Mamak Harga RM100, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak

9 Boleh Menikmati Pemandangan Persekitaran

Manfaat besar besar memilih berbasikal ialah ia boleh membawa kita menikmati perjalanan melalui landskap yang menarik.

Menjadikan satu destinasi sebagai matlamat dan mendapat pemandangan menarik di sepanjang perjalanan menjadikan berbasikal begitu mengujakan.

Terutamanya bagi seseorang yang cepat bosan dengan aktiviti satu lawan satu yang tidak berubah.

Bukan sahaja boleh meluaskan pandangan, malah boleh menyihatkan.

10 Mengeratkan Siraturrahim

Berbasikal boleh dilakukan oleh semua ahli keluarga. Kanak-kanak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikannya aktiviti keluarga yang menarik.

Bukan itu sahaja, anda boleh mengajak kawan-kawan atau menyertai mana-mana kumpulan basikal untuk melakukan aktiviti ini bersama.

Semakin jauh perjalanan, kayuhan dan kepenatan yang dikongsi pasti berbaloi.

Juga, ada banyak kelab basikal, pertandingan atau kempen berbasikal yang anda boleh sertai.

Apa yang penting, jaga kebersihan dan keselamatan diri. Jangan terlalu memaksa diri untuk berbasikal.

3/5 - (2 votes)
Source :
Kosmo!
Tags: basikalsukanwanita

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    58 shares
    Share 23 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved