senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Kejadian di 7-Eleven Selesai, Video Kak Long Kutuk Kakitangan KFC Pula Tular – Ini Kisah Sebenar

leav by leav
March 4, 2022
in Netizen
0
SHARES
10
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sudahpun selesai permohonan maaf kepada kakitangan kedai serbaguna, 7-Eleven kerana anaknya didakwa mencuri. Namun, wanita yang dikenali sebagai Kak Long ini tetap menerima kritikan yang berterusan daripada netizen.

Terbaru, di laman Twitter meriah dengan komen-komen negatif netizen yang mengecam perangai tidak beradab wanita itu gara-gara video lamanya yang kembali viral.

Di dalam video tersebut, wanita tersebut membuat rakaman siaran langsung sambil menikmati hidangan di restoran makanan segera KFC bersama keluarganya.

Meneruskan video berdurasi 2 minit 20 ketika itu, sambil menikmati hidangan, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kakitangan restoran berkenaan sebab tidak diberikan sudu dan minuman dihidangkan tanpa ada ais.

Video lama menjadi tular dikongsikan semula oleh netizen

Apa yang membuatkan netizen meriah memberi kecaman, di dalam video tersebut, kedengaran seperti suara budak lelaki dipercayai anaknya yang turut mengherdik kakitangan di restoran tersebut seolah-olah menambahkan lagi kemarahan ibunya.

Bagaimanapun, lokasi dan masa sebenar rakaman video tersebut tidak dapat dipastikan.

Rata-rata netizen menyifatkan wanita mencari publisiti murahan dengan membuat video rakaman live demi content.

“Ni memang content dia cari duit ke? Tak faham… memang perangai buruk macam ni ke? Minta maaf berkali-kali pun tak guna… tak percaya.”

“Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis.”

ADVERTISEMENT

“Bila aku cakap aku benci budak, budak macam inilah yang aku maksudkan. Kecil-kecil tak beradab, dah besar menyusahkan masyarakat,”

Malah ada juga netizen yang tertanya-tanya sama ada majoriti rakyat negeri Pantai Timur bertutur kasar seperti wanita berkenaan.

“Orang pantai timur memang macam…..?”

“Malu aku sebagai orang Ganu (Terengganu). Sorry geng… orang Ganu ni baik-baik je semua kecuali keluarga Kak Long ni,”

“Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis.”

ADVERTISEMENT

Namun tidak kurang juga ada yang menasihatkan wanita berkenaan agar berubah sikap selepas isunya mendapat perhatian ramai.

Terdahulu pada Rabu, wanita berkenaan ‘mengamuk’ di 7 Eleven menjadi perhatian ramai gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri menjadi tular di media sosial.

BACA JUGA  Raih Gaji RM11 Ribu Sebulan Dengan Hanya Kerja Sebagai Pemetik Kobis Di Korea Selatan

Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).

Tags: kedai

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved