senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan

Terima Sokongan Aaron Aziz, Kak Long Terharu Kongsikan Khabar Gembira

leav by leav
March 9, 2022
in Hiburan, Netizen
0
SHARES
20
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Atas dasar simpati, pelakon Datuk Aaron Aziz, meminta orang ramai berhenti berkongsi video kejadian dengan wanita dikenali sebagai Kak Long di platform media sosial.

Aaron berkata tindakan terus berkongsi video mengenainya adalah tidak wajar kerana seperti yang diketahui ramai wanita telah memohon maaf dan menyesali perbuatan mereka.

Malah, dia juga bimbang apa yang berlaku akan mengganggu kesihatan mental anak gadis yang turut didedahkan dalam video tular itu.

“Assalamualaikum, saya minta jasa baik semua untuk berhenti repost fasal Kak Long 7E tu.

“Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal. Kesian dengan anak dia nanti nak ke sekolah malu diejek ke apa.

“Cerita dah habis biarkan keluarga mereka hidup dengan tenang,” ujarnya.

Kak Long atau nama sebenar Wan Nor baizura hangat diperkatakan selepas berang kerana anaknya didakwa mencuri di kedai 7Eleven yang dipercayai di Terengganu minggu lalu.

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang didakwa mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap kakitangan kedai.

ADVERTISEMENT

Pada 3 Februari, wakil 7eleven bertemu dan memohon maaf kepada wanita itu, menyifatkan insiden itu sebagai salah faham antara kakitangan dan pelanggan dan pada masa yang sama menamatkan kontroversi.

Bagaimanapun, Kak Long sekali lagi dikecam selepas tularnya pula video lama sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.

Sementara itu, Aaron berkata tiada manusia sempurna dan orang yang memaafkan lebih mulia daripada yang menghina.

“Tiada siapa yang sempurna, semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah, itu lagi mulia dari condemn, condemn,” ujarnya.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, Kak Long tak sangka akan dapat sokongan dari pelakon terkenal.

BACA JUGA  Tampil Imej Berbeza, Akhirnya DSV Buka Mulut Jawap Semua Persoalan

“Allahuakbar terima kasih abang Aaron Aziz semoga semua maafkan kami dan anak family kami ye…today klong dh stat ke pasar malam Kerteh ..”

Dalam satu perkongsian lain, Kak Long juga ada berkongsi berita di mana beliau dijemput oleh stesen TV Al-Hijrah untuk menyertai sebuah program.

Rata-rata memberitahu ini semua adalah rezeki, Allah SWT memberi ujian dan Dia juga memberi ganjaran.

“Allhuakbar tv alhijrah kol suh naik hari isnin dik kuala lumpur…moga allah permudahkn semua nya amin” ujarnya.

Tags: Kak Long

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di bachok

    15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    230 shares
    Share 92 Tweet 58
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    119 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved