senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

[Video] RM209 Billion ‘Masuk’ Akaun, Suami Isteri Jadi Billionaire Sekelip Mata

leav by leav
March 10, 2022
in Dunia, Unik
0
SHARES
14
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dalam hanya sekelip mata, sepasang suami isteri bergelar ‘bilionaire’ kerana sejumlah $50 bilion (RM209 bilion) ‘tersesat’ masuk ke dalam bank mereka.

Menurut laporan New York Post, Darren James (suami) dari AS telah dimaklumkan oleh isteri mengenai baki dalam akaun bank mereka.

Pada mulanya, dia terkejut apabila melihat sendiri jumlah wang yang tertera di dalam akaun tersebut.

“Saya amat terkejut melihat jumlah wang sebanyak itu sepanjang hidup saya. Selepas saya melihatnya, saya tidak terfikir untuk menyimpannya.

“Namun, perkara itu menjadi tanda tanya kepada saya kerana saya pelik mana datangnya duit itu.

“Dalam kenalan rapat saya, tiada siapa pun yang mempunyai sejumlah wang sebanyak itu,” kata James.

Mereka kemudian menghubungi bank dan melaporkan transaksi salah yang berlaku.

Susulan laporan yang diterima, pihak bank terus memproses kesilapan teknikal tersebut.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, bank itu tidak mendedahkan punca dan sebab wang itu boleh dimasukkan ke dalam akaun James.

Menurut James, dia menyedari wang itu bukan milik mereka dan ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

James yang juga bekerja dalam bidang perundangan berkata, jika mereka menggunakan wang itu, ia boleh dianggap sebagai kecurian.

Difahamkan, isu ralat teknikal telah diselesaikan oleh pihak bank dan akaun bank mereka kini menunjukkan jumlah yang tepat.

ADVERTISEMENT

Pasangan itu hanya seketika menjadi orang ke-25 terkaya di dunia selama empat hari sebelum isu ralat teknikal tersebut diselesaikan.

Lihat video:

Source :
New York Post
Tags: duit

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    121 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 12 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Port Dickson Terbaik

    59 shares
    Share 24 Tweet 15

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved