senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan

Ashraf Muslim Kongsi Rahsia Poligami, Isteri Kedua Luah Perasaan

leav by leav
March 14, 2022
in Hiburan

Ashraf Muslim

1
SHARES
136
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Umum mengetahui Ashraf Muslim dengan statusnya beristeri dua dan dilabel pula sebagai ‘ikon poligami’ oleh netizen.

Disebalik semua itu, pelakon Ashraf Muslim sebenarnya keberatan untuk bermegah dengan gelaran tersebut.

Menyedari isu poligami agak sensitif untuk diperkatakan dan diperkatakan secara terbuka, Ashraf sendiri mengakui perkara yang berkaitan rumah tangga tidak boleh diganggu gugat oleh pihak luar, sebaliknya dengan wajar hanya diselesaikan dalam keluarga sendiri.

Bercakap secara terbuka mengenai perkara itu, Ashraf berkata, perkahwinan lebih daripada satu tidak perlu dijadikan satu isu.

“Dalam Islam pun, tindakan poligami dibenarkan cuma ia sering menjadi isu kerana masyarakat belum boleh terima sepenuhnya.

“Biarpun saya boleh menjelaskannya secara terperinci, perkara berkaitan poligami sesuatu yang sensitif bagi orang kita.

“Jadi, apa yang boleh saya katakan, poligami akan jadi indah apabila suami mampu memimpin dengan betul,” katanya.

Terdahulu, Ashraf pernah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila berkahwin kali kedua dengan wanita pilihannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, di Thailand pada 7 Julai 2013.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Ashraf bertemu jodoh dengan isteri pertamanya, Noor. Dayana Lokman, 31, dan mereka bernikah di Tanah Suci Makkah pada 30 Ogos 2011.

Hampir lima tahun melayari kehidupan poligami, Ashraf dikurniakan tiga cahaya mata.

Bersama Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf dan bersama Wan Sakinah juga sepasang zuriat iaitu Sarah Ashraf dan Adam Ashraf

Menurut pelakon drama Cinta Hati Batu di TV3 itu, sebagai suami dia juga akan memastikan sentiasa solat bersama isteri termasuk menghadiri kelas agama bersama mereka.

ADVERTISEMENT

“Penting untuk suami membimbing isteri-isteri supaya reda, tenang dan jalani hidup bahagia.

“Selain itu, faktor komunikasi dengan isteri- isteri juga penting untuk merapatkan silaturahim.

“Apa yang pasti, dalam al-Quran sudah diberikan pelbagai petunjuk oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan,” katanya.

BACA JUGA  "All I Can Say Is Bodoh" - Michael Ang Komen Isu Anak Abby & Norman

Isteri kedua luah perasaan

“Semua yg terjadi telah tertulis. Samada anda memilih untuk bahagia atau derita, semuanya terpulang kepada anda. Jangan biar orang lain pengaruhi kehidupan kita. Allah sudah berikan nikmat kepada saya, suami yang mencintai & anak yg sihat. Alhamdulillah”

“Jadi kenapa saya mesti tunduk kepada manusia yang membenci saya? Kepada isteri kedua sekalian, memang kita tiada tempat yang istimewa dihati perempuan diluar sana. Tak kire la kahwin kat Malaysia atau Thailand,” tulisnya.

Melihat perkara sebegini, diharapkan dapat menjawab persoalan peminat mahu pun individu yang ingin mengetahui perasaan sebenar isteri kedua kepada pelakon ini.

Pada pemerhatian kami, pengalaman Sakinah melalui dugaan dalam hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Source :
Harian Metro
Tags: Ashraf Muslim

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    142 shares
    Share 57 Tweet 36
  • 16 Tempat Menarik Di Sabak Bernam Selangor Terkini

    220 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved