senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

17 Tempat Menarik Di Sandakan Pintu Masuk Pelancongan Sabah

Aira by Aira
June 4, 2024
in Travel
Tempat menarik di Sandakan (1)

Sumber foto: The Rakyat Post

23
SHARES
2.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Taman tema air di Sandakan
  • 2. Pulau di Sabah
  • 3. Sandakan Resort
  • 4. Taman rekreasi di Sandakan
  • 5. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Sandakan
  • 6. Pusat pemuliharaan Beruang Matahari di Sandakan
  • 7. Pusat pemuliharaan Orang Utan di Sandakan
  • 8. Tempat menarik di bandar Sandakan
  • 9. Tempat menarik yang percuma di Sandakan
  • 10. Sungai ke-2 terpanjang di Malaysia
  • 11. Gua di Sandakan
  • 12. Taman peringatan di Sandakan
  • 13. Pasar di Sandakan
  • 14. Tempat menarik waktu malam di Sandakan
  • 15. Tempat bersejarah di Sandakan
  • 16. Pasar malam Sabtu di Sandakan
  • 17. Masjid utama di Sandakan

Sandakan Sabah yang terletak di pantai timur Pulau Borneo merupakan daerah kedua terbesar di Sabah dengan keluasan 2266 kilometer persegi.

Ia menempatkan pelbagai tempat menarik di Sandakan kerana dikenali sebagai pintu masuk ke destinasi eko pelancongan di Sabah. 

Contohnya makanan sedap di Sandakan Sabah, pantai Sandakan, Sandakan resort dan rumah monyet di Sabah.

Lapangan Terbang Sandakan adalah pintu utama bagi pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara yang tiba di Sandakan. Penduduk utama di daerah ini adalah etnik Bajau, Suluk, dan Cina.

Senarai tempat menarik di Sandakan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bandar Sandakan Sabah mempunyai keunikan yang tersendiri hingga mampu menarik pengunjung ke tempat menarik Sandakan.

Oleh itu, kami senaraikan 17 tempat menarik di Sandakan Sabah untuk anda merancang destinasi percutian anda!

Indah Jaya Waterpark

1 Taman tema air di Sandakan

Alamat: Indah Jaya Recreation Club, Jalan Lintas Selatan, 90000 Sandakan, Sabah

ADVERTISEMENT

Tel: 089-201 811

indah jaya waterpark

Di Sandakan terdapat taman tema air yang cukup popular iaitu Indah Jaya Waterpark. 

Tempat mandi di Sandakan ini saiznya sederhana, ideal untuk hiburan hujung minggu tanpa terlalu sesak. 

ADVERTISEMENT

Terdapat gelongsor air besar untuk berseronok dengan anak-anak anda dan kolam besar untuk mandi ramai-ramai. 

Pelampung renang dan bilik persalinan juga disediakan untuk keselesaan anda. Jom jalan-jalan di Sandakan dan singgah sini!

Harga tiket: RM12 (Dewasa & Kanak-kanak)

Waktu operasi: Sabtu & Ahad (10 pagi – 6 petang) , Rabu – Jumaat (1 petang – 6 petang)

Semak Harga

Turtle Island Park

2 Pulau di Sabah

Alamat: Turtle Island National Park, Sandakan, Sabah

Telefon: N/A

turtle island park

Pulau Penyu National Park, juga dikenali sebagai Turtle Island Park, terdiri daripada 3 pulau: Pulau Gulisan, Pulau Selingan dan Pulau Bakungan Kecil. 

Pulau ini terkenal dengan penyu Hawkbill dan Green yang sering bertelur di pantainya, terutamanya dari bulan Julai hingga Oktober. 

Selain itu, Pulau Selingan menjadi tumpuan utama penyu untuk bertelur kerana terdapat taburan terumbu karang yang menjadi tempat penyu berkeliaran. 

Jika anda suka snorkeling dan mahu meneroka keindahan terumbu karang, Turtle Island Chalet tempat yang ideal untuk bermalam. 

Semak Harga

Lankayan Island Dive Resort

3 Sandakan Resort

Alamat: Ground Floor, Lot 38 & 39, Block C Bandar Tyng, Mile 5, North Road, PPM 255, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9673999

Lankayan Island Dive Resort
Sumber foto: google map

Lankayan Island Dive Resort merupakan satu-satunya tempat percutian di pantai Sandakan Sabah yang terletak di Pulau Lankayan.

Walaupun pulau ini kecil dan mengambil masa 15 minit sahaja untuk meneroka di sekitar kawasan pulau namun terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Antaranya ialah scuba diving sambil melihat hidupan laut seperti giant grouper, whale shark dan leopard shark serta boleh menyaksikan penyu bertelur.

Semak Harga

Rainforest Discovery Centre (RDC)

4 Taman rekreasi di Sandakan

Alamat: Jalan Lintas Sibuga, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Kuala Penyu Sabah Untuk Bercuti

Telefon: 08-9533780

Rainforest Discovery Centre
Sumber foto: google map

Ingin mengenali secara lebih dekat mengenai flora dan fauna di Sabah? Jom ke Rainforest Discovery Centre (RDC) yang terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok.

Selain itu, ia merupakan tempat best di Sandakan dan mengambil jarak kira-kira 23 kilometer dari bandar Sandakan.

Di samping itu, terdapat ruang berjalan kanopi untuk pengunjung yang ingin melihat flora dan fauna sambil ditemani bunyi siulan burung-burung.

Selanjutnya, antara hidupan liar yang terdapat di dalam hutan hujan ini seperti orang utan, monyet, tupai dan rusa. 

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

5 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Sandakan

Alamat: Off, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9672133

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik di Sabah untuk kanak-kanak yang lain dari yang lain? Rumah monyet di Sabah iaitu Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary adalah jawapannya, hanya 45 kilometer dari Sandakan.

Untuk makluman anda, Proboscis Monkey merupakan nama lain bagi Monyet Belanda yang mempunyai hidung besar dan panjang.

Spesies monyet ini agak unik kerana hanya dijumpai di kepulauan Borneo. Anda boleh melihat mereka dari platform pemerhatian di sini, dan jangan risau, mereka tidak agresif.

Semak Harga

Borneo Sun Bear Conservation Centre

6 Pusat pemuliharaan Beruang Matahari di Sandakan

Alamat: Postal address: PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9534491

Borneo Sun Bear Conservation Centre
Sumber foto: google map

Beruang Matahari yang diancam kepupusan akibat pembalakan haram dan pemburuan boleh dilihat di Borneo Sun Bear Conservation Centre berhampiran Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre.

Selain itu, Beruang Matahari juga dikenali sebagai Beruang Madu di Indonesia, dan pusat ini menempatkan lebih 30 ekor beruang terkecil di dunia.

Anda boleh menyaksikan tingkah laku lucu mereka, seperti mengupas kelapa untuk air dan isinya.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa haiwan eksotik amat sensitif terhadap bunyi bising, jadi elakkan dari membuat kebisingan yang boleh mengganggu mereka.

Waktu operasi: Isnin & Rabu – Jumaat & Ahad (9 pagi – 3.30 petang), Selasa (9 pagi – 5 petang) & Sabtu (9 pagi – 3 petang)

Semak Harga

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

7 Pusat pemuliharaan Orang Utan di Sandakan

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9633587

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum, Sabah amat dikenali dengan Orang Utan atau nama lainnya Wild Red Apes di Kepulauan Borneo.

Anda boleh lawat Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre yang terletak bersebelahan dengan Rainforest Discovery Centre.

Di sini, pengunjung boleh menyaksikan Orang Utan diberi makan dan diajar untuk hidup bebas. Waktu terbaik untuk melihat mereka adalah pada jam 10 pagi dan 3 petang.

Pusat ini juga menyediakan kemudahan seperti galeri, tandas, kedai cenderamata, dan kafe.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 12 tengahari) & (2 petang – 4 petang)

Semak Harga

Taman Buaya Sandakan

8 Tempat menarik di bandar Sandakan

Alamat: Mile 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9660666

Taman Buaya Sandakan
Sumber foto: foursquare.com, Facebook @Tempat Menarik Di Malaysia, @1SABAH, google map

Taman Buaya Sandakan (Sandakan Crocodile Farm) turut gah setanding taman buaya yang lain seperti di Kuching, Miri, Langkawi, Ipoh mahupun Melaka.

Terletak hanya 4 km dari Lapangan Terbang Sandakan, ini merupakan tempat menarik di bandar Sandakan untuk seisi keluarga.

Menempatkan 3000 ekor buaya, taman kanak-kanak dan ikan Amazon bersaiz besar di dalam sebuah zoo mini.

BACA JUGA  11 Tempat Ekopelancongan Di Limbang Sarawak Yang Penuh 'Nature'

Menariknya, di sini turut ditempatkan buaya gergasi yang berusia lebih kurang 60 tahun iaitu Bujang Lapuk.

Jika pengunjung hadir pada hari Ahad atau cuti umum dapat menyaksikan pertunjukan buaya dan ular. Menarik bukan? Lain daripada itu, tempat menarik ini berhampiran Sandakan Memorial Park.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Muzium Warisan Sandakan

9 Tempat menarik yang percuma di Sandakan

Alamat: Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-8225033

Muzium Warisan Sandakan
Sumber foto: google map

Setiap negeri mempunyai muzium yang menceritakan sejarah dan budaya tempatan, dan Muzium Warisan Sandakan Sabah adalah tarikan percuma yang wajib dikunjungi.

Meskipun, tidaklah sebesar muzium lain, namun padat dengan pelbagai fakta menarik dan terletak di tengah bandar memudahkan untuk pengunjung datang ke muzium ini.

Antara bahan yang dipamerkan ialah pameran visual yang menampilkan sejarah dan kebudayaan masyarakat Sabah serta rumah tradisional kaum-kaum di Sabah.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Sungai Kinabatangan River Cruise

10 Sungai ke-2 terpanjang di Malaysia

Alamat: Sungai Kinabatangan, Sabah

Telefon: –

Sungai Kinabatangan River Cruise
Sumber foto: google map

Nak recharge diri di Sandakan? Kami ada pakej tour yang sangat best untuk korang!

Jika di Sarawak ada Sungai Rajang, di Sabah pula ada Sungai Kinabatangan sepanjang 560 kilometer yang terletak di Sandakan, Sabah.

Sungai ke-2 terpanjang di Malaysia ini, mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.

Untuk melihat keindahan alam semulajadi di sana, tempah je pakej tour Pake Tour Sandakan di bawah.

Pakej ini termasuk penginapan 2 malam, lawatan bot, aktiviti menarik dan makanan sedap-sedap!

Korang juga akan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok untuk tonton Sun Bear dan Pusat Penemuan Hutan Hujan untuk tengok pelbagai burung cantik.

Macam-macam hidupan liar unik yang boleh dijumpai, seperti Gajah Pygmi Borneo, Monyet Belanda, Orang Utan, tupai terbang raksasa merah dan banyak lagi!

Akhir sekali, korang akan naik bot menyelusuri Sungai Kinabatangan untuk jumpa hidupan liar lain macam elang, gajah, orang utan, kera, ular, buaya dan banyak lagi.

Semak Harga

Gomantong Cave Sandakan

11 Gua di Sandakan

Alamat: Gua Gomantong, 90000 Kinabatangan, Sabah

Telefon: –

Gua Gomantong (Gomantong Cave)
Sumber foto: google map

Di Kepulauan Borneo bukan sahaja di negeri Sarawak mempunyai gua menarik malah di Sabah turut mempunyai gua yang menarik untuk diterokai.

Gua Gomantong merupakan gua yang terbesar di Sabah yakni menjadi penghuni terbesar kelawar dan lipas.

Selain itu, pengunjung boleh menemui hidupan-hidupan liar seperti Orang Utan dengan berjalan di atas kanopi ruang jalan yang disediakan.

Gua ini menjadi tempat pemeliharaan sarang burung layang-layang iaitu jenis Black Nest dan White Nest. Sedikit peringatan untuk anda yang fobia atau geli dengan lipas, di sini bukan lokasi ideal untuk anda!

Semak Harga

Sandakan Memorial Park

12 Taman peringatan di Sandakan

Alamat: 90702, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9275400

Sandakan Memorial Park
Sumber foto: google map

Taman peringatan Sandakan Sabah merupakan tapak bersejarah yang mengingatkan kita pada peristiwa tragis semasa Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1945.

Tentera Jepun yang zalim telah menawan sebilangan besar askar-askar Australia dan British.

Detik hitam ini mengorbankan sebanyak 2400 orang dan hanya 6 orang yang selamat melarikan diri.

Taman peringatan ini, terletak di dalam Taman Rimba didirikan untuk menghormati pengorbanan mereka.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Pasar Umum Sandakan (Sandakan Central Market)

13 Pasar di Sandakan

Alamat: Sandakan Central Market, Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

BACA JUGA  Selfie Di 7 Negara Ini Anda Boleh Didenda Ribuan Ringgit

Telefon: –

Pasar Umum Sandakan
Sumber foto: google map

Pasar Umum Sandakan (Sandakan Central Market) merupakan pasar harian yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat di bandar Sandakan Sabah.

Pasar ini terletak di dalam bangunan bertutup 3 tingkat yang menjual pelbagai barangan menarik.

Antaranya ialah barangan basah harian, perhiasan wanita, kraftangan budaya setempat dan kedai-kedai makanan yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Semestinya mampu membuat anda rambang mata!   

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Pasar Malam Sandakan

14 Tempat menarik waktu malam di Sandakan

Alamat: Jalan Pejabat Pos, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: –

Pasar Malam Sandakan
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik Sandakan pada waktu malam? Jom ke Pasar Malam Sandakan yang semestinya mampu mengenyangkan perut anda yang berkeroncong itu.

Di samping itu, berbagai gerai yang menjual makanan berasaskan makanan laut yang segar samada bergoreng, bakar mahupun bersup.

Antara makanan sedap di Sandakan yang lazimnya menjadi tarikan pengunjung ialah ikan bakar, lobster, kepak ayam panggang dan banyak lagi.

Pasti menyelerakan ditambah pula lokasinya terletak di tepi laut!

Waktu operasi: Setiap hari (3 petang – 1 pagi)

Semak Harga

Agnes Keith House

15 Tempat bersejarah di Sandakan

Alamat: 296, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9221140

Agnes Keith House
Sumber foto: google map

Setiap negeri pastinya mempunyai tempat bersejarah yang menarik dan di bandar Sandakan Sabah terletaknya Agnes Keith House yang mempunyai cerita yang menarik.

Terdahulu, Agnes Keith ialah seorang penulis buku yang menaikkan populariti Sabah di peringkat antarabangsa. Rumah ini dahulunya didiami oleh beliau bersama suaminya iaitu Mr Harry Keith dan anaknya iaitu George.

Tambahan pula, seni bina rumah ini sangat klasik seperti rumah-rumah kampung Melayu yang dicat berwarna putih.

Namun pada tahun 1946, rumah ini dibina semula setelah musnah pada Perang Dunia Ke-2 dan dijadikan muzium oleh kerajaan negeri.

Antara barangan yang dipamerkan di sini ialah perabot lama dan antik yang asli, sejarah salasilah keluarga dan kehebatan Agnes Keith serta artifak peninggalan perang dunia.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Pasar Malam Kim Fung

16 Pasar malam Sabtu di Sandakan

Alamat: Lorong Bandar Kim Fung 6, Mile 4, Bandar Kim Fung, Sandakan, Sabah, Malaysia

Telefon: –

Pasar Malam Kim Fung
Sumber foto: mysabah.com, foursquare.com

Pasar Malam Kim Fung merupakan pasar malam hari Sabtu yang hanya terletak kira-kira 6.5 kilometer di bandar Sandakan Sabah dan beroperasi sejak tahun 2010.

Di samping itu, pelbagai barangan turut dijual di sini seperti makanan berat, keperluan harian, pakaian, cenderahati, buah-buahan tempatan dan aksesori wanita.

Sememangnya mampu membuat pengunjung rambang mata untuk memilih. Lain daripada itu, pelbagai tempat penginapan turut berada di kawasan sekitar ini.

Waktu operasi: Sabtu (5 petang – 10 malam)

Semak Harga

Masjid Daerah Sandakan

17 Masjid utama di Sandakan

Alamat: Masjid Daerah Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: –

Masjid Daerah Sandakan
Sumber foto: google map

Jika anda beragama Islam, jangan lepaskan peluang menunaikan solat di Masjid Daerah Sandakan.

Masjid utama di Sandakan, Sabah, dibina pada tahun 1985 dan siap sepenuhnya pada tahun 1989 di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Selain itu, mempunyai reka bentuk moden dengan kubah seperti separa piramid. Terletak di tepi laut, pemandangan senja di sini sangat indah.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Tawau Sabah
4/5 - (15 votes)
Tags: sabahSandakantempat menarik

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved