senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Bayan Lepas Penang Untuk Makan

Aira by Aira
September 5, 2023
in Travel
16 Tempat Menarik Di Bayan Lepas Penang Untuk Makan
113
SHARES
11.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hidangan pelbagai budaya di Penang
  • 2. Tempat menarik di Bayan Lepas untuk honeymoon
  • 3. Makanan tradisi Indonesia di Bayan Lepas
  • 4. Ayam goreng istimewa di Bayan Lepas
  • 5. Restoran nasi kandar asli di Pulau Pinang
  • 6. Hidangan 7 jenis nasi sepinggan di Bayan Lepas
  • 7. Char koay teow terkenal di Bayan Lepas
  • 8. Restoran mamak yang popular di Penang
  • 9. Restoran Thai di Bayan Lepas
  • 10. Tempat menarik di Bayan Lepas waktu malam
  • 11. Restoran sate di Bayan Lepas
  • 12. Restoran pizza di Bayan Lepas
  • 13. Nasi lemak terlaris di Bayan Lepas
  • 14. Bawal goreng rangup di Bayan Lepas
  • 15. Restoran seafood di Bayan Lepas
  • 16. Restoran western food di Bayan Lepas

Selain Georgetown, tempat menarik Bayan Lepas Pulau Pinang merupakan bandar ke-2 yang terbesar di negeri ‘pulau mutiara’ ini.

Ia berada di Bahagian Barat Daya Pulau Pinang yang terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tambahan pula, Bayan Lepas merupakan kawasan Zon Perindustrian Bebas di mana ia menjadi hub perindustrian Penang.

Senarai tempat menarik di Bayan Lepas Penang

Bukan itu sahaja malah bagi anda yang shopaholic jangan lepaskan peluang ke shopping mall terpanjang di Penang iaitu Queensbay Mall.

Nama pun bandar ke-2 terbesar di negeri ini kan? Jadi, sudah tentu banyak tempat menarik di Penang untuk anda lawati.

Namun pada entri kali ini, kami senaraikan beberapa tempat lepak Penang untuk makan-makan yang terbaik untuk anda!

Antaranya seafood Penang, nasi kandar Bayan Lepas, Bayan Lepas café dan banyak lagi.

ADVERTISEMENT

Nasi Dalca Bayan Lepas

1 Hidangan pelbagai budaya di Penang

Alamat: 487, Jalan Dato Ismail Hashim, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: –

Tempat menarik bayan lepas - nasi dalca bayan lepas
Sumber gambar: Instagram @nasidalcabawang_

Tahukah anda? Apa itu nasi dalca? Nasi dalca ialah nasi yang dimasak bersama rempah-ratus dan dimakan bersama lauk-pauk, bawang goreng dan kuah dalca.

Bagi restoran Nasi Dalca Bayan Lepas sudah pastinya membawa kelainan pada menu nasi dalca yang ditampilkan.

ADVERTISEMENT

Restoran ini terkenal dengan limpahan bawang goreng bersama daun kari dan daun pandan yang garing yang ditabur pada setiap hidangan.

Selain itu, menu lain yang popular di sini ialah kurma kambing, ayam goreng dan ayam masak hitam.

Waktu operasi: Ahad – Jumaat: 12 tengahari – 3.30 petang & 5.30 petang – 11.30 malam

Hotel Terdekat

Lexis Suites Penang

2 Tempat menarik di Bayan Lepas untuk honeymoon

Alamat: 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: 04-628 2888

lexus penang
Sumber gambar: Lexis Suites Penang

Mencari tempat menarik di Bayan Lepas Pulau Pinang untuk honeymoon? Lexis Suites Penang adalah pilihan yang terbaik!

Hotel bertaraf 5 bintang ini juga mempunyai cawangan di Negeri Sembilan yang terkenal dengan penginapan mewah di pinggir laut.

Ia terdiri dari 222 suite yang mempunyai kolam renang dan bilik wap peribadi.

Tambahan pula, hotel ini mudah diakses dengan hanya 50 minit penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

BACA JUGA  21 Tempat Menarik Di Singapore Paling Popular

Kadar bilik: Dari RM 500 semalam

Ulasan pengunjung:

"Pemandangannya bilik sangat menakjubkan. Mesra keluarga. Bilik yang kami tinggal mempunyai kolam renang peribadi yang pasti akan dinikmati oleh kanak-kanak...."
Selanjutnya Di Agoda

Daun Bakar Penang

3 Makanan tradisi Indonesia di Bayan Lepas

Alamat: 32A, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: 04-644 7272

Tempat menarik bayan lepas - daun bakar penang
Sumber gambar: 何荣川 博士DR HO Y.S, daun bakar, Lee Kee Tat

Tempat menarik di Penang ini turut menyajikan makanan tradisi Indonesia tau! Jadi anda tidak perlu bersusah payah terbang ke Indonesia untuk mencari makanan tradisi di sana.

Daun Bakar Penang menyediakan makanan asli rakyat Indonesia di restoran ini.

Antara menu popular di restoran ini ialah nasi daun bakar sotong/ayam, gado-gado, bakwan jagung, daun bakar ikan dan tempe goreng.

Waktu operasi: Rabu – Jumaat: 10.30 pagi – 9.30 malam

Hotel Terdekat

Cargas Cafe

4 Ayam goreng istimewa di Bayan Lepas

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: –

Tempat menarik bayan lepas - Cargas Cafe
Sumber gambar: Instagram @zee.cuura, @shahrul_travel_gallery, @natrahjaafar, @hazeltan83_

Rasai ayam goreng istimewa di sebuah Bayan Lepas café iaitu Cargas Café. Meskipun ia bukanlah restoran nasi kandar Bayan Lepas namun sambutan di sini amat menggalakkan.

Ada yang sanggup menunggu lama semata-mata untuk mendapatkan ayam goreng rebutan ini!

Sementara itu, anda juga boleh merasai lauk-pauk pilihan pengunjung seperti ikan gulai ikan pari dan sambal sotong di sini. Sememangnya terbaik!

Waktu operasi: Sabtu – Khamis: 9 pagi – 3.30 petang & 5 petang – 9.30 malam

Hotel Terdekat

Original Penang Kayu Nasi Kandar

5 Restoran nasi kandar asli di Pulau Pinang

Alamat: 15, Lebuh Nipah 6, Bukit Jambul, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: 03-7876 4767

Tempat menarik bayan lepas - Original Penang Kayu Nasi Kandar
Sumber gambar: Roshan Menon, Nur Madihah Arshad, Chow Stephen

Kalau dah sampai ke tempat menarik di Penang, tak lengkaplah kalau tak makan Nasi Kandar Bayan Lepas kan?

Jom ke tempat lepak Penang di restoran mamak Original Penang Kayu Nasi Kandar! Beraneka lauk-pauk yang ada di sini untuk dimakan bersama nasi kandar.

Antaranya ialah ayam madu, ayam goreng, kari sotong dan sayur kacang. Bukan itu sahaja menu yang ada malah nasi biryani roti canai/telur/tisu pun ada juga tau!

Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 12 pagi

Hotel Terdekat

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

6 Hidangan 7 jenis nasi sepinggan di Bayan Lepas

Alamat: Jalan Tun Dr Awang, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: –

Tempat menarik bayan lepas - Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe
Sumber gambar: RIDHWAN SAID, Instagram @shereenmokhtar, @alifhaiqalzzz, @syfk_asmida

Haa nasi 7 benua? Nasi apa pula tu? Gabungan 7 jenis nasi di dalam satu pinggan terhasil daripada nasi lemuni, nasi putih, nasi kacang, nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak dan nasi hujan panas.

Ia dinamakan ‘benua’ disebabkan rupanya seakan-akan benua. Menarik bukan?

Setelah itu, hidangan ini dihidangkan bersama pilihan lauk iaitu rendang ayam, ayam goreng, kari ayam dan daging hitam.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu: 11 pagi – 4 petang

Hotel Terdekat

Sany Char Koay Teow

7 Char koay teow terkenal di Bayan Lepas

Alamat: 10, Jalan Sultan Azlan Shah, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Telefon: –

Sany Char Koay Teow
Sumber gambar: Sany Char Koay Teow, afifi fahmi, Azmi Daniel, Yu Zhi Chung

Untuk anda penggemar char koay teow, bolehlah berkunjung ke Sany Char Koay Teow.

Terkenal dengan kuantiti char koay teownya yang banyak bersama udang menjadikan restoran ini kerapkali didatangi pengunjung.

Di samping itu, menu lain seperti nasi goreng ayam dan western food turut menjadi pilihan pengunjung. 

Waktu operasi: Setiap hari: 4 petang – 12 pagi

Hotel Terdekat

Restoran Kapitan

8 Restoran mamak yang popular di Penang

Alamat: 89 G, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: 04-646 3411

Restoran Kapitan
Sumber gambar: Kerin Aireen, Atikah Nusaibah Amir, anep johan, NAZMI SUDIN

Tercari-cari tempat lepak Penang yang seterusnya? Jom lepak mamak di Restoran Kapitan! Dah lepak mesti nak makan juga kan? Jadi apa menu istimewa yang ada di sini?

Restoran ini menyediakan menu-menu yang laku keras seperti chicken milani, briyani claypot, naan tandoori dan naan cheese.

Tambahan pula, bagi menu naan di restoran ini mempunyai saiz yang besar dengan teksturnya yang empuk.

Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 11.30 malam

Hotel Terdekat

Original Bangkok Tomyam

9 Restoran Thai di Bayan Lepas

Alamat: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: 04-644 2205

Original Bangkok Tomyam
Sumber gambar: Nguyễn Ngọc Lương, KMYeen, Muhammad Firdaus Md Ariff, Vinzen

Mencari seafood Penang? Jadi jom ke restoran Thai iaitu Original Bangkok Tomyam.

Anda tidak perlu lagi untuk ke Thailand kerana masakan di sini sememangnya asli seolah-olah anda makan di sana!

Antara menu seafood yang sedap di sini ialah seafood tomyam, steamed fish dan deep fried squid.

Waktu operasi: Selasa – Ahad: 12 tengahari – 10 malam

Hotel Terdekat

Idrus Ikan Bakar

10 Tempat menarik di Bayan Lepas waktu malam

Alamat: No. 3,Idrus Ikan Bakar , (Depan Polis Marin, Lebuh Raya Sungai Nibong, Kampung Batu Uban, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Telefon: –

Idrus Ikan Bakar
Sumber gambar: holla syafinas, Hidayah Aziz, Ruhil Qairiena, Alan and Deirdre Forever

Mencari tempat menarik Bayan Lepas untuk makan malam? Apa lagi kalau bukan di restoran ikan bakar! Idrus Ikan Bakar menyajikan hidangan ikan bakar daripada ikan segar yang digunakan.

Selain itu, bertambah lagi selera anda apabila ikan bakar ini dicicah bersama sambal. Memang padu!

Hidangan sampingan lain yang anda boleh order di sini iaitu sotong goreng tepung, udang goreng mentega dan ketam goreng berlada.

Waktu operasi: Setiap hari: 4 petang – 12 pagi

Hotel Terdekat

Ah Basri Asian Satay

11 Restoran sate di Bayan Lepas

Alamat: 303, Jalan Sultan Azlan Shah, Krystal Point Corporate Park, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: –

Ah Basri Asian Satay
Sumber gambar: Ah Basri Asian Satay, Instagram @must_follow_a, @noor.azlina_abd.rahman, @ooihelen33

Ah Basri Asian Satay sudah tentu menjadi pilihan bagi penggemar sate di Bayan Lepas Pulau Pinang.

Tempat menarik di Penang ini amat istimewa yang tidak terhad dengan hidangan sate ayam dan sate daging.

Malah menu tambahan seperti sate sotong, sate udang, sate rusa dan sate tuna menjadi tarikan terbaharu di sini tau!

Tak pernah kan jumpa sate selain ayam dan daging? Jadi jom makan sate di sini!

Waktu operasi: Setiap hari: 11 pagi – 11 malam

Hotel Terdekat

Streeto Pizza

12 Restoran pizza di Bayan Lepas

Alamat: no 28, Bandar Baru Telok Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Penang

BACA JUGA  Lelaki Singapura Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300, Habiskan Nasi Dalam Tempoh 2 Jam Secara Solo

Telefon: –

Streeto Pizza
Sumber gambar: Streeto Pizza Teluk Kumbar, Cikgu Fariez, Ilazays, Badrul Hakim Bin Abd. Halim

Rasai keenakan pizza yang luar biasa yang berbeza daripada restoran pizza yang terkemuka di dunia. Streeto Pizza merupakan tempat menarik Bayan Lepas yang boleh anda kunjungi hanya di Penang!

Pelbagai jenis pizza yang lazat dan tidak memuakkan walaupun lapisan keju yang banyak. Antaranya ialah Pepperoni Pizza, Mix Delicious Pizza, Meatball Pizza dan banyak lagi.

Waktu operasi: Setiap hari: 12 tengahari – 10.30 malam

Hotel Terdekat

Uncle Lanz Nasi Lemak

13 Nasi lemak terlaris di Bayan Lepas

Alamat: 82, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: –

Uncle Lanz Nasi Lemak
Sumber gambar: Dj drizz, Dalyla Arifin, Crystalline AiLuan, MR.J

Nikmati keenakan nasi lemak di Uncle Lanz Nasi Lemak dengan harga yang berbaloi! Menu nasi lemak sebagai sajian utama menjadikan gerai ini menjadi kawasan tumpuan pengunjung.

Ditambah pula dengan kepedasan sambal nasi lemak dan kemanisan ayam goreng rangup sememangnya menyengat!

Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan chicken chop dengan harga serendah RM 5 sepinggan tau!.

Waktu operasi: Setiap hari: 5 petang – 12 pagi

Hotel Terdekat

Bawal Goreng Pokok Cheri

14 Bawal goreng rangup di Bayan Lepas

Alamat: 1284, Jalan Mahkamah, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: –

Bawal Goreng Pokok Cheri
Sumber gambar: Wendy Saw, Ng Lip Seong, Kenny Wong, Yu Zhi Chung

Kerangupan dan kelembutan isi bawal goreng di sini sememangnya menambat hati pengunjung yang bertandang. Terliur bukan?

Itulah kelebihan yang ada pada restoran Bawal Goreng Pokok Cheri ini. Ditambah pula makan bersama nasi putih panas dan cili kicap pedas sememangnya menyengat!

Waktu operasi: Ahad – Jumaat: 11.30 pagi – 6.30 petang

Hotel Terdekat

D’seafood Paradise

15 Restoran seafood di Bayan Lepas

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Telefon: 04-626 6985

D’Seafood Paradise
Sumber gambar: i’m apai., Jayy Hardy, Madihah Ahmad, Joey Lim

Lagi restoran seafood Penang yang terbaik untuk anda menjamu seleru iaitu D’seafood Paradise.

Restoran ini terletak di sebelah pantai yang sememangnya mampu menambahkan lagi selera makan anda sambil melihat pemandangan indah.

Beraneka masakan berasaskan seafood yang ada di sini iaitu sotong goreng tepung, tomyam, kerang bakar dan banyak lagi.

Tambahan pula, coconut shake pun ada di sini juga tau!

Waktu operasi: Rabu – Isnin: 3.30 petang – 11 malam

Hotel Terdekat

Arang Coffee

16 Restoran western food di Bayan Lepas

Alamat: 72-G, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: –

Arang Coffee
Sumber gambar: Nomadic Dweep, Imran Imtiyaz Munshi, Eng Kooi Chan, OM Leong

Arang Coffee merupakan tempat menarik Bayan Lepas café untuk penggemar western food dan kopi. Western food seperti Chicken Parmigiana dan Squid Ink Spaghetti sememangnya terkenal di kafe ini.

Sementara itu, bagi kopi pula iaitu Green Tea Latte dan Salted Hazelnut merupakan hidangan terkenal di sini.

Lain daripada itu, anda juga boleh mencuba hidangan pencuci mulut iaitu Chocolate Crepe Cake dan Tiramisu Cake.

Waktu operasi: Khamis – Selasa: 11 pagi – 10 malam

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Bentong Pahang
4/5 - (15 votes)
Tags: PenangPulau Pinangtempat menarik bayan lepas

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    137 shares
    Share 55 Tweet 34
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    253 shares
    Share 101 Tweet 63
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved