senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

9 Petua Agar Kulit Bayi Putih Bersih Ketika Dilahirkan

leav by leav
April 5, 2017
in Family

Foto ilustrasi

2k
SHARES
76
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ramai ibu inginkan anak mereka lahir dengan kulit putih dan bersih adalah perkara yang lazim. Sehingga ramai ibu mengambil makanan tertentu untuk mencapai impian tersebut.

Menurut kajian sains, pemakanan ibu ketika hamil tidak menentukan warna kulit bayi yang dilahirkan. Warna kulit bayi terhasil atas percampuran genetik antara ibu dan ayah.

Namun, jika ibu tetap ingin berusaha, ada beberapa makanan yang ramai percaya berkemungkinan dapat mempercantikkan kulit bayi.

10 jenis makanan berikut di ambil ketika hamil dipercayai secara luas oleh para ibu di Asia duntuk membuat kulit bayi putih dan bersih ketika lahir.

Tiada salahnya untuk mencuba, kerana di sisi lain, makanan-makanan ini memang sihat untuk diambil selama ibu menanti kehadiran si buah hati.

1. Kelapa

Jika di Indonesia air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih, di India pula, daging kelapa yang sudah cukup tua dan keras lah yang jadi snek untuk ibu hamil. Mereka yakin, daging kelapa yang tebal dan berwarna putih tersebut dapat membuat kulit bayi menjadi lebih terang.

2. Susu Saffron

Saffron atau kuma-kuma adalah jenis rempah-rempah termahal di dunia. Meminum susu dengan campuran saffron dipercayai akan meningkatkan kecerahan warna kulit bayi masa depan nanti.

3. Putih telur

Sering mengambil putih telur pada trimester kedua kehamilan diyakini dapat membuat kulit bayi putih dan sempurna.

ADVERTISEMENT

4. Badam

Makan badam atau minum susu badam selama kehamilan. Selain sihat untuk perkembangan janin, juga dipercayai dapat mencerahkan kulit bayi.

5. Oren

Salah satu buah kaya dengan vitamin C yang wajib diambil selama kehamilan. Selain meningkatkan warna kulit, kandungan asid folik dalam oren juga penting untuk pertumbuhan janin yang sihat.

BACA JUGA  “A Little Joy Amongst The Darkness” - Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Ukraine

6. Biji fennel atau jintan manis

Wanita hamil di India percaya dengan minuman air rendaman biji jintan manis sebanyak 3ml setiap pagi dapat meningkatkan warna kulit bayi. Selain itu juga dapat meringankan gejala mual di pagi hari.

7. Jus anggur

Kandungan alpha hydroxy acids (AHA) dalam anggur dipercaya berkesan untuk menghasilkan kulit yang cerah dan sihat.

ADVERTISEMENT

8. Kacang hijau

Mengambil bubur kacang hijau atau air rebusannya diyakini dapat menjernihkan air ketuban dan mencerahkan kulit bayi sejak dalam kandungan.

9. Lobak putih

Lobak putih kaya dengan antioksidan dan mineral yang diyakini dapat mempengaruhi warna kulit bayi di kandungan jika sering diambil selama hamil.

Selain 10 makanan di atas, ada baiknya ibu juga mengambil makanan yang kaya dengan omega 3. Omega 3 secara ilmiah sudah terbukti baik untuk kulit ibu dan bayi.

Dengan rutin mengambilnya selama hamil dan menyusu, kulit bayi akan terhindar dari risiko berbagai seperti alahan kulit.

Sumber: Internet

Tags: bayi

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved