senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Lelaki Matang Tidak Akan Melakukan 8 Perkara Ini Dalam Perhubungan

leav by leav
April 8, 2017
in Hubungan

Foto: Pinterest

12.3k
SHARES
61
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Lelaki yang matang mempunyai karakter dan emosi tersendiri berbanding lelaki yang tidak matang. Namun, umur tiada kena mengena dengan faktor kematangan seseorang.

Ada setengah lelaki akan matang bila umur mereka mencecah 15 atau 16 tahun, ada juga lelaki yang tidak pernah matang walaupun mereka telah mencecah umur 30-an. Berikut 8 karakter lelaki matang yang membezakan mereka dengan lelaki yang tidak matang.

1. Lelaki Yang Matang Tidak Mengkritik Penampilan Anda

“Kenapa you pakai tudung macam ni?,”

Seorang lelaki yang anda cintai tidak akan bercakap tentang penampilan anda dengan cara begitu. Sebaliknya, lelaki yang matang tidak akan menjatuhkan diri anda semata-mata untuk memuaskan dirinya sendiri.

2. Tidak Menganggu Ruang Peribadi Anda

Jika anda mempunyai hubungan yang baik denagn kawan-kawan yang lain, dia akan faham dan menghormati nilai persahabatan anda. Malah tidak cuba untuk meminta melihat telefon anda untuk siasat dengan siapa anda berkawan. Jika dia berbuat demikian, dia sebenarnya seorang yang ragu-ragu terhadap anda dan tidak menghormati anda.

3. Tidak Akan Lari Dari Masalah

Lelaki yang matang, dia tahu cara yang terbaik untuk selesaikannya, tidak kiralah sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun masalah kerja, dia tidak akan lari daripadanya. Namun, ini tidak bermakna dia suka cari masalah untuk diselesaikan.

4. Tidak Beranggapan Bahawa Emosi Itu Satu Kelemahan

Seorang lelaki yang matang, tidak bermakna dia seorang yang sentiasa bersabar atau seorang yang tabah dalam segalanya. Dia tidak takut untuk menerima sebarang kritikan apabila dia menunjukkan sudut dirinya yang lemah lembut dan romantik terhadap seseorang yang dicintainya. Dia tahu dengan berbuat demikian tidak menjejaskan sedikitpun reputasi terhadap dirinya, malah dia tahu dengan berbuat demikian akan lebih menguatkan lagi hubungan.

BACA JUGA  5 Perangai Bekas Pasangan Yang Masih Mengharapkan Untuk Kembali

5. Bukan Seseorang Yang Berfikiran Pendek

Setengah lelaki dengan mudahnya akan membelanjakan duit yang ada untuk apa sahaja yang dia suka tanpa fikir akibatnya pada masa depan. Mereka yang matang akan berfikiran jauh dalam setiap tindakan yang dia lakukan.

ADVERTISEMENT

6. Tidak Akan Buat Anda Rasa Terabai Disamping Rakannya

Setiap lelaki juga perlukan ruang untuk mereka luang masa bersama rakannya. Namun, lelaki yang bijak tidak akan abaikan wanitanya demi rakan yang lain.

7. Sangat Akrab Dengan Ibunya

Lelaki yang matang akan sentiasa luangkan masa untuk kedua-dua insan yang tersayang, ibu bapanya. Dengan menjaga orang yang pernah menjaga dia ketika kecil dahulu adalah sangat penting. Itulah satu cara baginya untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka.

8. Menghormati Anda dan Tidak Akan Menyentuh Anda

Ini termasuk bukan sahaja penderaan fizikal tetapi juga psikologi anda. Jika dia pernah melakukan apa-apa jenis keganasan terhadap anda, jadi berhentilah beralasan yang dia adalah satu-satu lelaki yang anda nantikan. Dia tidak akan berubah. Kerana lelaki yang matang tidak akan melakukan keganasan terhadap anda tidak kira sejauh mana tahap kemarahannya.

Namun, cara seorang lelaki melayan wanitanya tidak hanya bergantung pada personaliti dirinya tetapi juga mengambil kira tingkah laku wanita itu sendiri. Hubungan yang baik perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak.

ADVERTISEMENT

Sumber: Nakbebel

Tags: lelakimatang

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved