senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Apa Itu OPR?

afiqa by afiqa
May 5, 2023
in Lifestyle
Apa Itu OPR?
3
SHARES
265
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Awal Mei tahun ini pihak Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Apa Itu OPR?

Malangnya mungkin ada diantara kita tidak tahu apa itu OPR dan apa kesannya jika peratus dinaikkan.

OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank Negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

Dalam operasi harian, rizab wang tunai bank berubah-ubah, bergantung kepada aktiviti peminjaman yang berlaku dalam bank dan deposit serta pengeluaran wang yang dibuat pelanggannya.

Mungkin aplikasi OPR ini nampak macam muslihat pindah milik dan alir tunai biasa, tetapi keperluan pinjaman serta bayaran pinjaman tunai mengikut hari ini penting untuk sistem kewangan makro berfungsi dengan lancar.

Malah beri kesan kepada kadar faedah pinjaman. Erti kata lain, lebih tinggi OPR ditetapkan, lebih tinggi kos pinjaman. Lebih tinggi kos pinjaman, semakin terhad peluang pembiayaan modal untuk individu serta perniagaan.

Apa Itu OPR? pic.twitter.com/zZF3fipkRy

— Abdul Rashid (@CoachHartanah) January 23, 2023

Kenapa OPR Naik?

Memetik artikel dari Berita Harian, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, langkah menaikkan peratusan OPR adalah bagi mengelakkan kenaikan kadar faedah pinjaman bank lebih agresif pada masa hadapan.

ADVERTISEMENT

Beliau turut memberi analogi pelarasan OPR seperti mengubati pesakit yang mengalami kesakitan yang melampau, lalu memerlukan ubat yang kuat serta pelbagai jenis bantuan kecemasan yang lain.

“BNM telah mengambil pelbagai langkah drastik, termasuk mengurangkan OPR ke paras yang terendah dalam sejarah. Kini, ekonomi semakin pulih.

BACA JUGA  Uruskan Rambut Dengan Tenang & Cepat Bila Dengan Dyson Airstrait

“Jadi apabila pesakit semakin sembuh, dos ubat perlu dikurangkan secara beransur-ansur. Dengan cara yang sama, BNM memutuskan untuk melaraskan (menaikkan) OPR.

“Keutamaan BNM adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia yang mampan,” katanya.

ADVERTISEMENT

Jelasnya apabila ditanya mengenai bantahan beberapa pihak keputusan BNM menaikkan OPR kerana bimbang akan beri tekanan kepada rakyat untuk membayar balik pinjaman, khususnya dalam keadaan ekonomi yang masih dalam proses pemulihan.

OPR Naik Keputusan Siapa?

Mungkin ramai beranggapan naik turun kadar OPR di tangan Perdana Menteri-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tapi sebenarnya tidak sama sekali.

Anda boleh tonton video di bawah untuk penjelasan lebih jelas daripada Perdana Menteri-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentang isu ini.

Jadi sebaiknya rancang pelan pinjaman kewangan anda betul-betul supaya tidak membebankan di kemudian hari.

Source :
Berita Harian, Harian Metro

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved