senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Percaya Atau Tak, 90% Penceraian Rumah Tangga Berpunca Dari Tidak Solat

Nora by Nora
June 18, 2024
in Hubungan
Percaya Atau Tak, 90% Penceraian Rumah Tangga Berpunca Dari Tidak Solat

Muslim man and woman praying in mosque.

11
SHARES
1.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tidak dapat dinafikan bahawa rumah tangga yang harmoni dan kekal menjadi keinginan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Siapa je yang berkahwin inginkan perpisahan tapi tahu tak, tidak mendirikan tiang lima waktu boleh menjerumus kepada penceraian?

Dalam satu ciapan memetik nasihat Ustazah Asma’ Harun, dalam pengalamannya berkhidmat sebagai pendakwah dan bekas Perundingcara Rumahtangga, dia telah melihat beberapa pola yang berulang dalam kehidupan perkahwinan.

“Semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, fokus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh saya bertugas.

Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan,”

Ustazah Asma’ Harun

Menurutnya, suami yang tidak solat berkemungkinan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab lain dan menunjukkan sikap yang tidak menyenangkan.

Apabila keberkatan dan rahmat Allah hilang dalam sesebuah hubungan, hubungan intim yang sepatutnya menjadi ibadah yang indah boleh bertukar menjadi bencana.

Jelasnya lagi, jika seorang isteri mengabaikan solat, iaitu tuntutan paling utama dalam Islam, tanpa rasa kesal atau penyesalan, bagaimana mungkin dia merasa bersalah apabila menolak pelawaan suaminya tanpa sebab yang wajar, meskipun telah diberi peringatan secara tegas.

silhouette of man and woman facing each other during golden hour

Kegagalan menjaga rukun Islam kedua

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli berkata, kegagalan menunaikan rukun Islam yang kedua boleh menyebabkan wujudnya habluminassyaitan (hubungan antara manusia dengan syaitan).

ADVERTISEMENT

Jelasnya, apabila wujud hubungan yang baik antara manusia dengan Allah (hablumminallah), maka hubungan sesama manusia (hablumminannas) juga akan terbina dan ini akan menghalang pengaruh syaitan yang cuba memisahkan pasangan suami isteri.

“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama, sebab itu Allah bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah,”

Senator Datuk Dr.Haji Zulkifli

Mengapa amalan solat penting dalam hubungan perkahwinan?

Solat merupakan salah satu kewajipan utama dalam agama Islam, tetapi realitinya ramai yang mengabaikan solat.

BACA JUGA  Soalan Cepu Emas Tok Kadi untuk Pengantin Lelaki

Padahal, solat bukan sekadar rutin ritual, ia membentuk disiplin, kesabaran, kestabilan emosi dan memberi ketenangan.

Solat berjemaah di rumah pula memberi peluang untuk pasangan suami isteri berkomunikasi secara lebih efektif dan merancang masa depan bersama.

ADVERTISEMENT

Dengan iman yang teguh, doa dan solat menjadi kekuatan dalam menangani cabaran rumah tangga.

Mari dengarkan penjelasan lebih terperinci dari Ustaz Syamsul Debat di bawah;

Punca Penceraian

Walaupun benar bahawa solat dapat membantu memperkuat perkahwinan, tapi solat bukan satu-satunya faktor yang menentukan kebahagiaan sesebuah perkahwinan.

Antara faktor lain yang boleh menyumbang kepada perceraian termasuk jarak usia, konflik keluarga, masalah kewangan, keganasan rumah tangga, trust issue dan hubungan intim.

Tips Untuk Pasangan

Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda memperkukuhkan hubungan rumahtangga;

  • Elakkan mencampurkan antara lelaki dan wanita dalam kumpulan media sosial atau perjumpaan bersemuka.
  • Gunakan bahasa yang sopan dan menghindari ayat-ayat yang boleh menaikkan nafsu syahwat.
  • Jangan dedahkan aib pasangan walaupun sudah tidak serumah atau sehaluan.
  • Tidak melakukan perbuatan yang membawa kepada melanggar syariat Islam atau melampaui batasan norma.
  • Konsultasi yang dilaksanakan perlu diurus dengan penuh tatatertib.
  • Memelihara hubungan dengan Allah.

Perceraian bukanlah satu-satunya pilihan terbaik melainkan berlaku syiqaq antara pasangan.

Sebaiknya jangan biarkan masalah kecil menjadi besar atau memburukkan lagi keadaan. Selesaikan secepat mungkin.

Sekiranya anda menghadapi waktu yang sukar dalam perkahwinan, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. 

Terdapat banyak orang yang mengambil berat tentang anda dan ingin menolong, jadi luahkan masalah anda kepada mereka yang anda percaya.

Source :
Twitter, Astro awani, Facebook

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved