Kita semua tahu Lisa BLACKPINK, kan? Artis idol yang jarang-jarang dedahkan dahinya kepada peminat.
Tapi tiba-tiba, baru-baru ni Lisa buat kejutan besar dengan penampilan terkini dia yang buat semua orang terkejut.
Dengan gaya rambut ikat ‘bun’ menjadikan ramai peminatnya pelik dengan imej barunya kerana sebelum ini Lisa sering menutup bahagian dahinya.
Dia menggayakan gaun sutera warna neutral yang terbuka pada bahagian belakang dan Lisa kelihatan sangat berkeyakinan dengan penampilannya.

Betul ke?
Apabila berlaku perubahan pada imej idola ramai, pasti timbul pelbagai tanggapan.
Ada yang cakap Lisa mungkin dibayar sehingga dia berani dedahkan dahinya yang selama ni dia rahsiakan.
Ada juga, yang tidak hairan tentang dahi Lisa dan terus memuji kecantikan Lisa kerana memiliki dahi yang luas.

“Kalau saya dibayar, baru saya dedahkan bahagian dahi,”

Ingat tak dulu Lisa pernah cakap dalam satu rancangan, “Knowing Brothers” pada tahun 2020?
Dia dengan tegas kata kalau nak tukar gaya rambut untuk iklan, dia tak nak.
Tapi Lisa menjawab dengan seloroh, “Kalau dibayar 10 bilion won (RM35.4 juta), baru lah saya dedahkan dahinya.”
Jadi, ada peminat membuat tanggapan mungkin Lisa memang dibayar dengan jumlah tu ketika menghadiri satu pameran Bulgari.
Cuma janganlah ambil serius sangat! Kita tak tahu situasi sebenar.
Penampilan Lisa di Serpenti 75th Anniversary Collection

Apa yang penting Lisa memang jadi tumpuan dalam pameran Serpenti 75th Anniversary Collection yang diadakan di Seoul, Korea Selatan.
Penampilan dia yang dedahkan dahinya betul-betul buat peminat dia jadi teruja.
Mana taknya, Lisa dengan yakin dedahkan dahinya, tambah lagi dengan gaya rambutnya yang menarik.
Pakai gaun sutera putih, memang nampak cantik dan menyerlah betul kejelitaannya.
Cuma yang mejadi persoalan adakah benar Lisa dibayar RM35 juta hanya untuk dedahkan bahagian dahinya?