senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Filem

Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-men, Marvel Pecat Pelukis Indonesia

leav by leav
April 13, 2017
in Filem

Ardian Syaf (Foto: Google)

0
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sebelum ini, Marvel telah memberi kenyataan rasmi bahawa akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1.

Terbaru, pelukis tersebut mengumumkan kontraknya dengan syarikat Hollywood francais Marvel itu telah tamat.

Ardian Syaf (Foto: Google)

“Kerjaya saya telah tamat. Ini adalah akibat daripada tindakan saya. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.”

“Tolong hentikan ejekan, tomahan dan debat. Hentikan kebencian.”

“Saya harap semua boleh bertenang,” katanya menerusi Facebook peribadinya.

Foto: Google

Dalam kenyataan yang sama, Ardian memberi penjelasan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut adalah nombor keadilan.

“Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci Al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.”

Foto: Google
Foto: Google

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambah beliau.

ADVERTISEMENT

Status Facebook tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang meluahkan rasa lega dengan berita tersebut ada juga yang memberikan sokongan kepada pelukis tersebut, dengan berkata kerjayanya belum berakhir.

Beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.

Pelukis dan penulis Aji Prasetyo menerusi Facebooknya berkata Saya menulis dan melukis jalan cerita untuk komik saya, namun Ardian melukis untuk klien.

Keputusannya untuk menambah simbol yang menunjukkan isu surah Al-Maidah dan perhimpunan 212 sememangnya bertentangan dengan ideologi syarikat komik Amerika, kata Aji.

ADVERTISEMENT

Namun Aji memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas.

Source :
Astro Awani
BACA JUGA  Kematian Pelakon Korea Selatan Song Jae Rim: Apa Yang Terjadi?
Tags: komikmarvel

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved