Siapa tak kenal dengan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea, ditambah pula dengan wajahnya iras pelakon wanita Hanis Zalikha, lagilah menjadikan dirinya tumpuan ramai.
Seperti kita semua tahu dirinya sudah tidak bertudung selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dan isu itu menjadi tanda tanya ramai pihak sehingga sekarang.
Apa yang menjadi isu kali ini apabila pakaian Anis kelihatan lebih ‘agresif’ apabila memuat naik gambar di akaun instagram miliknya.



“She is gorgeous both way,” – Netizen
Menjengah ruangan komen, ramai yang memberi komen positif dengan penampilan Anis.
Malah ada yang memuji dirinya kelihatan cantik dua-dua sisi iaitu yang bertudung dan tidak.


“Simpan la sikit untuk Haqiem,” – Netizen
Bagaimanapun, ada juga netizen tidak menyokong dengan apa yang Anis Sofea lakukan menayang badannya kepada orang ramai di media sosial.


Apa pun, kami doakan Anis Sofea kembali pada penampilannya seperti dulu berhijab manis.