Setelah teruk dikecam dan ditentang netizen, program ‘Hero Teladan’ yang dibuat oleh Pempengaruh Isa Isarb telah diberhentikan secara serta merta.
Ini telah diberitahu olehnya sendiri di Instagram.
Tiadalah perkara pelik mengenai program Hero Teladan cuma ditentang oleh orang ramai kerana meletakkan peserta lelaki dan perempuan di bawah satu bumbung.
Disebabkan ini, netizen meluahkan rasa kurang senang kerana pergaulan bebas boleh berlaku di antara peserta.
Buat yang tak tahu lagi, program Hero Teladan yang dianjur oleh Isa Isarb ni adalah satu program cabaran di mana peserta ditempatkan di dalam sebuah rumah yang dipenuhi kamera diawasi selama 77 hari.
Peserta yang mampu bertahan akan memenangi wang sebanyak RM40,000.
“Risiko program ini diteruskan adalah kemungkinan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, di mana anda dan pihak penganjur berpeluang disabitkan dengan undang-undang syariah Enakmen 11 Tahun 1965, Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Bahagian IX, Seksyen 154,” katanya.
Isa turut menyatakan sebagai pihak penganjur tidak akan bersikap lepas tangan terhadap usaha dan kebajikan yang diberikan oleh peserta serta akan menanggung segala kerugian secara bersendirian tanpa melibatkan peserta.
Semua staff kini jobless
@isaisarbofficial Come back stronger !
♬ Perwiraku teruskan berjuang – Rilex Are Boh
“Disebabkan projek stop serta-merta. Semua staf di bawah projek ini jobless. We will take 100% responsible. Kita buat semula proses interview, untuk salurkan mereka ke tugas-tugas dalam syarikat. Doakan kami dapat launch projek baru sooner.”- kata Isa Isarb di TikTok

Menjenguk ke ruang komen pula, ramai mengatakan program ini tidaklah bermasalah jika hanya ada peserta lelaki sahaja. Dan ramai juga yang mengatakan akan terus menyokong program Isa Isarb yang seterusnya.