Siapa tak kenal dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL.
Perkahwinan keduanya didirikan bersama Tiko Aryawardhana pada hujung Disember tahun lepas, tidak mendapat sambutan dalam kalangan peminatnya.
Finally honeymooning
Tapi apa hak mereka untuk tentukan siapa yang boleh hidup bersama dirinya jika Tiko adalah jejaka yang berjaya membuat BCL bahagia.
Jadi baru-baru ini mereka berdua pergi berbulan madu di Venice dan membuat perkongsian menerusi akaun instagram BCL.
Memang bahagia dan sweet habis! Kita tengok pun, rasa tumpang bahagia.

“Honeymoon siapa yang bayar?” – Netizen
Malangnya, ada beberapa peminatnya mempersoalkan duit siapa pasangan ini guna ketika berbulan madu di Venice? BCL? Tiko?
Lebih teruk lagi apabila ada netizen yang melemparkan tuduhan bahawa Tiko bersama BCL kerana ingin kikis duit BCL saja.


Sebenarnya siapa pun. yang bayar percutian bulan madu mereka berdua, bukan urusan kita.
Apa yang penting, pasangan ini bahagia dengan cara mereka tersendiri.

