senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

Tak Percaya? Ada Orang Dalam Jam Di Lapangan Terbang Schiphol

leav by leav
June 21, 2024
in Travel
Tak Percaya? Ada Orang Dalam Jam Di Lapangan Terbang Schiphol
17
SHARES
1.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Jam bukan sekadar alat untuk melihat waktu, ia juga boleh menjadi elemen gaya dan personaliti seseorang. Jam terkenal seperti Big Ben di London, bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk waktu, tetapi juga menjadi tarikan pelancong.

Biasanya, jam dilengkapi dengan jarum ‘jam’, ‘minit’ dan ‘saat’, serta bateri sebagai sumber kuasa. Setiap jam di tempat awam sering mempunyai rekaan atau corak ikonik yang menarik perhatian ramai.

Namun, ada satu jam yang sangat unik di Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, Belanda. Apa yang membuatkan jam ini begitu istimewa? Nampaknya, jarum jam ini ‘dicat’ oleh seorang lelaki di dalamnya! Betul ke ada orang dalam jam tu?

Kenapa Jam Ini Begitu Istimewa

Jam setinggi 3 meter (10 kaki) ini dicipta oleh pereka Belanda, Maarten Baas pada tahun 2016 dan dinamakan Jam Schiphol. Ia menjadi panduan waktu bagi jutaan orang yang lalu-lalang di lapangan terbang itu setiap tahun.

Dalam sebuah video yang tular beberapa tahun lalu, kita boleh melihat seorang lelaki berpakaian seragam kerja dengan kain buruk kuning di dalam poket dan satu baldi merah di sisinya. Alat-alat tersebut digunakan untuk memberi penghormatan kepada artis terkenal Belanda, Mondrian. Menariknya, lelaki misteri ini melukis dan memadam masa minit demi minit di sebalik paparan jam lut sinar itu.

Tapi sebenarnya, lelaki itu tidak betul-betul ada dalam jam tersebut. Menurut portal Atlas Obscura, paparan itu hanyalah satu rakaman video yang memberi ilusi seolah-olah ada manusia di dalam jam. Video itu direkod selama 12 jam, jadi lelaki itu tidak perlu berada dalam jam sepanjang masa.

Bagaimana Konsep Jam Schiphol Ini Tercipta?

Menurut Baas, ilham untuk jam ini datang sewaktu dia menghadiri Pameran Perabot Milan pada 2009, di mana dua orang tukang penyapu sampah berdiri dalam jam selama 12 jam. Sejak itu, Baas mengembangkan konsep tersebut dan mencipta Jam Schiphol dengan seorang lelaki berpakaian seragam kerja di sebalik jam lut sinar itu.

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Paling Popular

“Masa nyata adalah istilah yang digunakan dalam industri filem. Ia bermakna tempoh masa yang sebenar adalah sama seperti masa yang dilukiskan. Saya menggunakan konsep itu dalam jam ‘masa sebenar’ (Jam Schiphol) dengan menunjukkan video ‘tangan masa’ (dilukis) dalam waktu sebenar,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

ADVERTISEMENT

Jadi, kalau anda singgah di Lapangan Terbang Schiphol, jangan lupa perhatikan jam unik ini. Pasti anda terpesona dengan keunikannya yang seolah-olah ada ‘tukang jam’ dalamnya!

Tonton video:

@aliffchannelofficial Seronok kalau kerja mudah macam ni 😃 #schiphol #jam #amsterdam #kerjabagus #kerjamudah ♬ original sound – Aliff Channel
ADVERTISEMENT
Tags: Jam Schiphol

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    423 shares
    Share 169 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    228 shares
    Share 91 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    258 shares
    Share 103 Tweet 65
  • 20 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

    285 shares
    Share 114 Tweet 71

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved