senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

Aliff Syukri Menang Saman Fitnah, Rancang Saman Bekas Pembantu Peribadi

leav by leav
June 25, 2024
in Gosip
Aliff Syukri Menang Saman Fitnah, Rancang Saman Bekas Pembantu Peribadi
1
SHARES
133
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, bersyukur kerana menang saman fitnah yang difailkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida, terhadap bekas pembantu peribadi mereka, Melati Abdul Ghani.

Aliff, atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, mengambil serius kesan fitnah tersebut dan berhasrat memfailkan saman baru terhadap mereka yang memfitnahnya selama ini.

Dalam perkongsian di Insta Story itu, Aliff berkata dia akan memfailkan saman baru terhadap pihak yang memfitnahnya.

“Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya. Ramai yang cuba nak kenakan saya, tapi akhirnya, mereka yang terkena. Saya sudah menang dan saya akan saman balik!” katanya.

Aliff juga memberitahu bahawa pihaknya sedang memulakan proses saman terhadap bekas pekerjanya itu, dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000.

“Tunggu surat saman dari saya. Bukan RM5,000 atau RM10,000, tetapi lebih setengah juta saya akan tuntut. Hakim maha adil dan bijaksana. Alhamdulillah kemenangan di pihak saya,” katanya.

Menurut laman mStar Online, peguam yang mewakili Aliff dan isterinya memaklumkan bahawa kes ini akan bersambung pada Jumaat ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam. Tindakan ini diambil untuk memberi pengajaran kepada Melati dan memastikan dia mendapat hukuman yang setimpal.

Pada 29 Mei lalu, Melati atau lebih dikenali sebagai Mel, telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah yang dilemparkannya lima tahun lalu.

ADVERTISEMENT
Source :
mStar, Instagram/@aliffsyukriterlajaklaris
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Dato' Seri Vida Kongsi Pengalaman Menginap Di Hotel Mewah RM30,000 Semalam
Tags: Aliff Syukri

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved