Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri, telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap bekas suaminya dan isteri barunya, Athira Yuhada. Pendedahan ini merujuk kepada perbualan mereka semasa masih dalam ikatan perkahwinan, sebelum mereka sah bercerai.
Dalam perkongsian itu, Shuhada mendakwa mesej bertarikh 20 Januari 2023 itu dikirim sendiri oleh penyondol tersebut kepadanya. Shuhada di Instagram memuat naik bukti mesej yang diterimanya, mendedahkan sikap tidak setia Hafidz.

Difahamkan, Shuhada bertindak demikian setelah pihak bekas suaminya itu telah ‘menjolok sarang tebuan’ dan menganggunya terlebih dahulu.
Menurut Shuhada, sudah 18 bulan dia bersabar namun pihak sebelah sana yang memulakan dahulu ‘perang’ berkenaan.
Shuhada berkata mesej yang diterimanya itu juga menjadi salah satu punca dia meminta cerai daripada pelakon berkenaan.
Perbualan lucah tersebut membuatkan Shuhada nekad untuk menamatkan perkahwinan mereka.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Shuhada berkata ada aib besar yang dipegangnya selama ini. Dia turut bertanya sama ada mahu menyelesaikan isu ini di mahkamah atau secara peribadi antara mereka.
Perkongsian ini menunjukkan Shuhada sudah lama menahan diri daripada mendedahkan rahsia ini, namun tidak dapat lagi bertahan.
Perkongsian Shuhada ini telah mengejutkan ramai, dengan netizen menyatakan sokongan mereka kepada Shuhada atas keberaniannya untuk bersuara.