senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Lori Terbalik, Sotong Terjatuh: Orang Ramai Pakat Kutip Rezeki!

leav by leav
August 18, 2024
in Netizen
Lori Terbalik, Sotong Terjatuh: Orang Ramai Pakat Kutip Rezeki!
35
SHARES
3.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan orang awam sedang mengutip sotong yang terjatuh daripada sebuah lori. Kejadian ini berlaku pada petang 1 Julai 2024 di kawasan jalan sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan, lori yang membawa hasil laut itu senget semasa mengambil selekoh, menyebabkan pagar di bahagian tepi patah dan mengakibatkan tong-tong berisi sotong terjatuh dari kenderaan tersebut.

Orang ramai di tempat kejadian tidak melepaskan peluang untuk mengutip sotong-sotong yang bertaburan di atas jalan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @__aimaan, kelihatan orang ramai dengan cepat mengumpulkan sotong-sotong yang bertaburan di tepi jalan raya. Ada juga individu yang baru tiba dengan membawa plastik untuk turut mengutip hasil laut tersebut.

Untuk video di TikTok, klik di sini.

Melihat di ruangan komen video berkenaan, beberapa individu menyoal tentang status makanan yang diambil itu, sama ada halal atau sebaliknya. Menurut beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian, pemilik sotong-sotong tersebut telah mengizinkan orang ramai untuk mengambilnya.

Mereka mendakwa hanya sotong yang bertaburan dan berada di luar tong sahaja yang diizinkan untuk diambil, manakala sotong yang masih berada di dalam tong dan tidak terjejas dipulangkan semula kepada pemiliknya untuk dijual.

Pemilik video berkenaan menyatakan orang ramai seperti mencadat sotong di jalan raya. Apapun, ramai yang mendoakan agar pemilik sotong-sotong itu dimurahkan rezeki kerana mengizinkan orang ramai mengutipnya.

ADVERTISEMENT

Menjengah lagi ke ruangan komen lagi, ada yang mendakwa telahpun memasak pelbagai juadah hasil daripada sotong yang dikutip itu.

Kejadian ini bukan sahaja menjadi perbualan hangat di media sosial, tetapi juga mencerminkan orang ramai masih mampu berfikir positif, keprihatinan dan memanfaatkan peluang yang ada dengan cara yang baik.

BACA JUGA  Petua Merawat Kencing Manis Dengan Limau Nipis Rebus

Jadi, jika anda berada di situasi yang sama, adakah anda akan melakukan perkara yang sama? Terpulang kepada anda untuk menentukannya!

Source :
Tiktok/@__aimaan
ADVERTISEMENT
Tags: sotong

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved