senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan

Zahirah Macwilson Ditegur Bawa Watak Perempuan Merokok

leav by leav
July 2, 2024
in Hiburan
Zahirah Macwilson Ditegur Bawa Watak Perempuan Merokok
1
SHARES
76
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tular di platform X, perkongsian video sedutan drama “Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu” oleh penerbit eksekutif Datuk Saniboey Mohd Ismail telah mencetuskan pelbagai reaksi.

Dalam video tersebut, terdapat babak di mana pelakon utama Zahirah Macwilson dan Aloy Paradoks beraksi. Apa yang menjadi perhatian ramai adalah adegan Zahirah yang bersahaja menghisap dan menghembuskan asap rokok.

Menurut Saniboey, Zahirah bukanlah seorang perokok namun demi menjayakan watak tersebut, pelakon wanita berkenaan berjaya melakukannya dengan baik.

Zahira Macwilson ni antirokok tapi demi wataknya dalam Metro Crime Series, dia buat aku sendiri percaya yang dia perokok. Amazing actress. Salute. #metrocrimeseries pic.twitter.com/OzGxr9KBOM

— Saniboey Mohd Ismail (@saniboey) June 28, 2024

Rokok yang dihisap oleh Zahirah juga adalah rokok palsu yang tidak mengandungi nikotin. Walau bagaimanapun, adegan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang rata-rata terkejut.

Ramai pengguna media sosial berpendapat bahawa walaupun rokok yang digunakan bukanlah rokok sebenar, ia tetap memberi imej dan pengaruh yang tidak baik kepada penonton.

Lakonan Zahirah ini turut mendapat perhatian daripada Public Health Malaysia (PHM) yang tampil memberi teguran menerusi hantaran di Facebook.

PHM berpendapat bahawa Zahirah tidak perlu melakonkan babak sedemikian kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya golongan muda.

ADVERTISEMENT

PHM turut menjadikan industri drama Korea (K-drama) sebagai contoh yang perlu diikuti oleh penggiat seni tanah air. Mereka menyatakan bahawa kejayaan industri K-drama di Korea Selatan adalah fenomena budaya dan ekonomi yang hebat.

Ia didorong oleh produksi berkualiti, lakonan berkesan, dan tema universal yang menarik untuk tontonan seisi keluarga. Menariknya, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama.

PHM menegaskan bahawa untuk menghasilkan produksi yang hebat dan lakonan berimpak tinggi, tidak perlu menggunakan asap rokok. Situasi di Malaysia agak menyedihkan apabila pelakon seperti Zahirah Macwilson terpaksa melakonkan watak seorang wanita yang merokok, walaupun beliau sendiri bukan perokok.

Source :
Twitter: @saniboey, Facebook: publichealthmalaysia
ADVERTISEMENT
Tags: Zahirah Macwilson

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    439 shares
    Share 176 Tweet 110
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    265 shares
    Share 106 Tweet 66
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    78 shares
    Share 31 Tweet 20
  • 12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    152 shares
    Share 61 Tweet 38

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved