Selebriti wanita terkenal, Nonny Nadirah, sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan video terbarunya di Instagram.
Dalam video tersebut, Nonny mempamerkan aksi berani apabila dia membuka baju dan membotakkan kepalanya!
Video bermula dengan Nonny membuka bajunya, mendedahkan dirinya hanya berpakaian dalam. Dia kemudian meletakkan bedak pada lehernya sebelum terus memotong rambutnya sehingga hampir botak!
Tidak cukup dengan itu, Nonny menambah gaya dengan memakai cermin mata hitam dan topi, menjadikan penampilannya semakin menarik perhatian.
Aksi yang dilakukan oleh Nonny ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen. Ramai yang tertanya-tanya apakah motif di sebalik tindakan tersebut.
Sebelum ini, Nonny pernah berkongsi pengalamannya menjadi mangsa sihir yang menyebabkan dia merasa penat dan tertekan. Peristiwa tersebut turut menyebabkannya membuat keputusan untuk membuka tudung semula.
Nonny juga pernah menghilangkan diri dari industri seni selama beberapa tahun sebelum kembali dengan penampilan yang mengejutkan ramai, termasuk rakan-rakan artis dan peminat setianya.