senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Muzik

Jin BTS Pembawa Obor Olimpik 2024

leav by leav
July 4, 2024
in Muzik
Jin BTS Pembawa Obor Olimpik 2024
0
SHARES
43
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ahli kumpulan BTS, Jin mencipta sejarah tersendiri apabila diberi penghormatan membawa obor ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 pada 27 Julai ini.

Dispatch melaporkan Jin atau Kim Seok Jin, 32, bakal terbang ke Perancis dalam masa terdekat bagi upacara tersebut namun tarikh sebenar penyanyi itu ke negara berkenaan tidak dinyatakan.

Jin bakal mengetuai larian membawa obor bersama 11,000 individu lain dalam kalangan atlet dari seluruh dunia, mangsa peperangan, angkasawan termasuk pekerja am.

Untuk pengetahuan, pembawa obor Olimpik adalah orang-orang yang membawa api Olimpik dalam larian obor dari Olympia, Yunani ke tempat berlangsungnya Sukan Olimpik. Ini adalah tradisi yang bermula sejak Sukan Olimpik 1936 di Berlin.

Bagaimanapun, lokasi dan jadual penyertaan Jin dalam acara sukan itu masih belum diketahui.

Bulan lalu, Jin menjadi ahli BTS pertama yang menamatkan perkhidmatan tenteranya. Untuk meraikan penyanyi itu keluar dari perkhidmatan tentera, kumpulan itu bersatu semula untuk perayaan di ibu pejabat Hybe di Seoul.

Sementara itu, BTS juga telah bekerjasama dengan Despicable Me 4 untuk melancarkan barangan bertemakan Minions sebagai sokongan untuk filem yang akan datang.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: kpopOlimpik

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    121 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 8 Tempat Menarik Di Kapit Sarawak Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved