Anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania, sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila netizen mula berspekulasi bahawa beliau sedang hamil.
Khabar angin ini mula tersebar selepas beberapa video dan gambar yang menunjukkan perut Marissa kelihatan semakin membesar.
‘Baby Bump’ Jadi Perhatian

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Marissa selepas melihat ‘baby bump’ yang kelihatan jelas dalam satu video di Instagram. Video tersebut diambil semasa Marissa hadir ke acara sambutan hari jadi adiknya.
Belum Ada Pengesahan
Namun begitu, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Marissa atau ahli keluarganya mengenai perkara ini. Walaupun ramai yang teruja dan mengharapkan berita gembira, Marissa dan keluarganya masih berdiam diri.