senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Food

Adakah Makan Nasi Putih Boleh Buat Berat Badan Naik? Ini Penjelasannya

leav by leav
July 16, 2024
in Food
Adakah Makan Nasi Putih Boleh Buat Berat Badan Naik? Ini Penjelasannya
1
SHARES
66
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Nasi putih adalah makanan ruji masyarakat Malaysia. Hampir setiap hari, rakyat Malaysia makan nasi putih sebagai makanan utama. Bagi rakyat Malaysia, tidak makan nasi putih rasa tak lengkap.

Namun, ada juga segelintir masyarakat yang mula mengurangkan dan mengehadkan pengambilan nasi putih.

Sebabnya, dikatakan nasi putih boleh menyebabkan penambahan berat badan dan akhirnya menjadikan anda gemuk.

Betulkah Nasi Putih Punca Kegemukan?

Nasi putih melalui proses yang agak lama sebelum masuk ke dalam mulut dan perut kita. Proses ini termasuklah mengasingkan beras daripada bijirin, mengeringkan, mengisar, dan pelunturan sebelum dijual di pasaran sebagai beras.

Proses panjang ini membuat kandungan khasiat beras itu dikurangkan. Kandungan ini termasuk serat, protein, antioksidan, dan pelbagai vitamin. Selebihnya hanya karbohidrat dan sedikit protein.

Kandungan karbohidrat yang tinggi dianggap sebagai sebab mengapa nasi putih membuatkan berat badan naik. Selain tinggi kalori, nasi putih juga tidak mengandungi serat.

Dalam proses tersebut, sekam pada beras diasingkan, sedangkan sekam mengandungi banyak serat yang sangat penting untuk mencegah obesiti.

Pengambilan Nasi Putih Yang Seimbang

Walaupun begitu, pengambilan nasi putih tidak serta-merta menyebabkan penambahan berat badan. Pertambahan berat badan biasanya disebabkan oleh jumlah kalori yang tidak seimbang yang masuk dan keluar dari badan.

ADVERTISEMENT

Jumlah kalori yang diperlukan setiap orang berbeza, bergantung pada umur, jantina, aktiviti fizikal, dan kesihatan.

Jika kita mengambil nasi putih dalam jumlah yang munasabah, nasi putih tidak akan menyebabkan berat badan anda bertambah.

Sebaliknya, jika anda mengambil nasi putih dalam kuantiti yang banyak, berat badan anda boleh meningkat.

Kandungan karbohidrat dalam nasi akan disimpan sebagai lemak sekiranya nasi putih diambil secara berlebihan.

ADVERTISEMENT

Hadkan Pengambilan Nasi Putih

Supaya nasi putih tidak menggemukkan, kita dinasihatkan hanya makan 1/4 pinggan atau segenggam nasi dalam satu hidangan.

BACA JUGA  10 Fakta Menarik Tentang Bayi Yang Lahir Pada Bulan Mac

Jumlah nasi yang diambil pada setiap hidangan hendaklah tidak melebihi 100 gram atau bersamaan dengan 8-10 sudu besar.

Selain itu, gabungkan dengan nutrien lain yang sihat, seperti protein, lemak sihat, dan serat yang seimbang.

Serat boleh didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga boleh membuat anda kenyang lebih lama dan mengekalkan berat badan.

Rasa kenyang yang lebih lama juga boleh menghalang kita daripada menambah nasi putih ke dalam pinggan.

6 Petua Makan Nasi Putih

Tidak perlu risau tentang kenaikan berat badan, berikut beberapa petua makan nasi putih:

  • Makan nasi putih mengikut keperluan kalori.
  • Sesekali, pilih nasi yang mempunyai indeks glisemik rendah, seperti beras perang.
  • Makan dengan lauk-pauk yang berkhasiat.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal.
  • Elakkan makan terlalu lewat.
  • Minum air secukupnya.

Akhir Kata

Secara keseluruhan, nasi putih boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat jika diambil dalam jumlah yang sederhana dan dikombinasikan dengan makanan lain yang berkhasiat.

Mengawal pengambilan kalori harian dan melakukan aktiviti fizikal adalah kunci untuk mengelakkan kenaikan berat badan, bukan hanya dengan mengelakkan nasi putih.

Source :
Sihatologi, Doctoroncall
Tags: faktanasi putih

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    414 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    137 shares
    Share 55 Tweet 34
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    253 shares
    Share 101 Tweet 63
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved