senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Ramai Sedih Lihat Video Wanita OKU Ditinggalkan Di Jalanan

leav by leav
August 17, 2024
in Netizen
Ramai Sedih Lihat Video Wanita OKU Ditinggalkan Di Jalanan
5
SHARES
506
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Wani telah mendakwa dirinya ditinggalkan oleh ibunya di Chow Kit, Kuala Lumpur. Menurut Wani lagi, ibunya memberikan wang sebelum meninggalkannya di situ.

Wanita OKU Ditinggalkan Keluarga

Dalam satu video yang dikongsi di TikTok oleh akaun @budakjahathenrygurney, kelihatan seorang gadis OKU dibawa ke sebuah rumah kebajikan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gadis tersebut, Syazwani, dikatakan telah dihantar ke Pusat Kebajikan dan Dakwah Singgah Teduh Nur Qaseh di Chow Kit setelah menerima laporan dari seorang pemilik kedai yang mendakwa dia mengganggu premis tersebut.

Ketika ditanya oleh pengurus rumah kebajikan itu, Syazwani menjelaskan bahawa dia dihantar oleh ibunya ke Chow Kit dan diberikan sedikit wang sebelum ditinggalkan.

Syazwani juga sempat bertanya tentang sejadah sebaik tiba di rumah kebajikan, kerana ingin menunaikan solat.

@budakjahathenrygurney

♬ bunyi asal – budakjahathenrygurney

Asal Dari Ampang

Dalam video tersebut, Syazwani memberitahu bahawa dia berasal dari Ampang. Dia juga menyatakan bahawa tiada ahli keluarganya sedang mencarinya.

Menurut Syazwani, ibunya menghantarnya ke Chow Kit dan memberikan wang sebelum pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.

ADVERTISEMENT

“Mak hantar Wani dekat Chow Kit, bagi duit, tak salam, dia tinggal kat situ,” katanya.

Syazwani turut mendedahkan bahawa keluarganya tinggal di Pantai Remis, Perak. Dia kelihatan tenang ketika pemilik rumah kebajikan memberitahu akan menghubungi ahli keluarganya.

Syazwani juga memberi kebenaran untuk menghubungi bapanya yang dikatakan tinggal di Ampang, walaupun dia tidak mengingati maklumat lanjut tentang ahli keluarganya.

Video yang telah ditonton lebih 1.5 juta kali itu menyentuh hati ramai. Pengguna TikTok rata-rata bersimpati dengan nasib Syazwani dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan Allah SWT.

ADVERTISEMENT

Ada juga yang mempersoalkan tindakan keluarganya yang sanggup meninggalkan gadis OKU tersebut.

Source :
Tiktok: @budakjahathenrygurney
BACA JUGA  Wanita Memakai Cermin Mata Lebih Cantik Di Mata Lelaki
Tags: OKUwanita

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved